KUALA LUMPUR: Pelakon komedi terkenal, Saiful Apek, 41, atau nama sebenarnya Mohd Saiful Azam Mohamad Yusoff yang ditahan bersama lima rakannya kerana mengambil dadah di sebuah rumah di PJS7, Subang Jaya, Sabtu lalu, dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata pelakon komedi itu dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya selepas keterangannya diambil.
“Tempoh tahanan reman pelakon itu dan kawan-kawannya tamat hari ini (semalam) dan polis berpuas hati dengan siasatan setakat ini. Walaupun mereka dibebaskan, tidak bermakna siasatan sudah tamat.
“Polis akan terus melakukan pemerhatian terhadap semua suspek,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Mengikut laporan akhbar sebelum ini, Saiful Apek diberkas sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dalam serbuan di rumah itu kerana mengambil dadah bersama rakannya, termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an.
Dalam serbuan jam 10 malam itu, polis turut merampas 40 gram daun kering dipercayai dadah jenis ganja.
Hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernah mengarah dan menerbitkan filem serta rakannya kemudian mendapati semua mereka positif dadah.
Semua suspek kemudian direman selama lima hari bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Saiful Apek pernah dinobatkan sebagai Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
azmi
DADAH, ARAK, ROKOK dan ape saje yg benda yg boleh memudaratkan anggota badan serta kawalan minda adalah HARAM di sisi agama Islam, sipenagih dan pengamal dengan sengaja menyiksa badan sebelum ia diseksa sebenarnya diakhirat kelak......
Reta
Biarkan semalam menjadi sejarah. Mulakan hari ini dengan penuh keazaman
ajha
Penagih dadah dilebelkan sebagai sampah masyarakat... fikir-fikirkanlah...
kathy
sooo sad!!! knapelh c apek terjbak bnda bodoh2 cam ne???
daniel
mereka insan yang istimewa, jgn lh kita membuang mrk dan tnjukan lh jln kpd mrk.mrk perlu kn kita smua utk plihkan mrk.
Panglima Agusta
Apa pulak menyesal...artis Malaysia macam tu la, makan dadah, telan arak, kaki betina..biasa la. Kalau x, xpyh nak sibuk2 jadi artis kan? Telan lagi...polis tangkap.
yana
rasa kecewa sgt ngn saiful apek...tp ape pun sebagai manusia pasti ader lakukan kesilapan n harap saiful apek insaf dan berubah..
safarihj
Adam penyanyi sabah merupakan ikon Malaysia dan contoh terbaik..contohi lah dia sebagai artis x bangga diri dan x sombong..
Mendam si api api
jadikanlah apa yang berlaku pada anda ebagai iktibar, jangan patah semangat, langkah masih jauh lagi.Peluang cerah masih terbuka untuk anda.Jangan diulang langkah yang sumbang.Jangan musnah diri sendiri.
Azizi bin Ahmad
Tak sangka Saiful Apek bule ambil ganja. tgk muke cam kesian...
Pasainos
x blh jd ikon langsung...
Apa nak jadi dengan artis Malaysia....
nikza
Semoga perkara ini tidak akan berulang.... pada saiful apek..... masih belum terlambat untuk berhenti dari tabiat buruk itu..... insaflahhhh
lynn
sayang sekali... saiful apek sangat berbakat dalam bidang komedi. karektornya menghiburkan orang tetapi dirinya sendiri hidup dalam tekanan sehingga terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat. Kenapa mesti disia-siakan bakat dan kesenangan yang dimiliki sekarang? Kadang-kadang, sesetengah artis seakan tidak bersyukur dengan apa yang ada pada mereka sekarang.
sham afrow
smoker die younger.. stoners live forever...
live and let die my fellow buffalo soldier... only us know what it mean to be a soldier.. lets smoke and fly...
hidup apek!!!!
eijazz
sgt terkejut bila terdengar saiful apek terlibat sama dalam pengambilan dadah,sbl ini kita tengok perangai nya tak sama seperti yg di dengar,harap2 saiful apek akan insaf selepas ini nanti.....
bbk369
dadah tak mengenal jantina, pangkat & status..sama-samalah ingat mengingati sesama kita..dadah musuh negara!!
zd
ORANG MELAYU AJE LAH YANG BANYAK DENGAN NAJIS NI. PI TENGOK KAT PUSAT TU...TU LA SEBABNYA KALAU BAGI MUKA SANGAT. ARTIS MELAYU AJE YANG BANYAK SANGAT BUAT HAL...HARI-HARI ADA AJE.....BUANG MASA AJE. BAGI MEREKA YANG ADA ANUGERAH PATUT DIKAJI SEMULA....MUNGKIN TARIK BALIK SEMUA ANUGERAH YANG DIBERI BUAT MACAM KAT JOHOR TU...
sayang artis di malaysia tidak mempunyai disiplin yang tinggi dan mudah terpengaruh kerana tidak mempunyai pendidikan yang tinggi
fiqah floria
kepada semua artis di malaysia janganlah membuat perkara yang sedemikian kerana ia boleh menjejaskan karier anda.saham akan turun..
nurmizza asmidar
memalukan nama dan keluarga sendiri.
maria
mmg dah lama tahu saiful ambil dadah..kononnya berubat di Indon..penyakit misteri la konon..hmmm
Mazran
Lagunya menjadi siulan anak2 kita. Malang betul anak2 bangsa kita bila mempunyai idola sebegini. Apa akan jadi kepada anak2 kita nanti pula di masa hadapan.
Tdak apalah apek,dri muka n bdan aku dah tahu kau memang kaki brg,tapi aku tetap minat kat lawak kau
apeku
wa saaassssspek lu apek. sib baik ko isap daun ganja , jgn isap syabu udah ler pek...dadah sentatik tu lagi bahaya...tiada jln pulanggg
moyok
salam..semoga manusia berubah
Madaryannor
Penagih tetap penagih,tak perlu d kesiani...walaupun mereka terkenal sbgai artis.ini boleh mengakibat penagih bertambah bnyk..slogan mula timbul aku bebas menagih kerana aku artis.apa kata masyarakat nanti.
moyok
salam..semoga manusia berubah
matured_guy
hmmm i pun tak faham apa dah jadi, dah sah positif dadah tapi kena bebas pulak
Semoga Allah memberi keampunan kepada Saiful Apek..insaflah wahai kawanku!Semoga kita semua sedar bahawa dadah adalah agenda Yahudi untuk memusnahkan umat islam.
alam maya
Kebanyakan artis di Malaysia memang ada mengambil benda2 haram ni,bak kata org,tak kena tangkap tak salah tapi kalau dah kena tangkap baru salah..Alangkah rugi begitu ramai artis2 yang mempunyai suara,bakat yg besar seperti Jamal Abdillah,Saleem,Ameng Spring,Mael XPDC,Yassin Senario dan ramai lagi..Dan Saiful Apek adalah yang terkini...Apa ke jadah semua ni...Sudah mempunyai keluarga dan tanggung-jawab kepada mereka semua..tidakkah anda malu kepada mereka dan kepada peminat anda..Inikah dia Ikon atau idola mereka..Tunjukkan contoh yg baik kpd semua..
cun melecun
1 malaysia kenal dia nie..insaf lah wahai insan bernama apek....
roslee jaman
Saya hanya mampu berdoa agar Saiful Apek kembali ke pangkal jalan. Ingatlah wahai saudara2 semua, berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara jangan sampai merosakkan diri sendiri..
othman bin semani
kena musasabah diri, usaha untuk berubah, artis adalah salah satu ikon untuk masyarakat
sumandak
Kecewa dengan Saiful Apek. Kenapa mesti ambil dadah? Hebat sangat ke dadah tu?
SakaratulMaut
Apa dah jadi dengan artis² malaysia yang kian liar,Bersusah payah berlakon,bekerja mencari nafkah akhirnya di sia²kan dengan barangan haram,Apa pun semoga mendapat rahmat Allah s.w.t sebelum ajal datang menjemput
ima
Sbg artis..anda mendpt perhatian masyarakat..tunjukkanlah perangai dan sikap yg baik2...
nasir
Saiful......Teguran sy ikhlas. Tidak ada seorang manusia diatas muka bumi ini yg tidak melakukan kesilapan atau ujian daripada Allah dan di kesempatan ini sy merayu supaya kembalilah kepada ajaran ALLAH. Tinggal apa yg dilarang dn buat apa yg disuruh. ALLAH maha pengampun. Insyaalah saiful akan barjaya
tacho
Tak sangka saiful amik dadah.. harap jan diulangi perkara ni.. nama sendiri yg tcemar
Mohd Redzham Salleh
Artis ni sepatutnya menjadi Contoh Yang Baik, bukan sebaliknya. Ini yang dikatakan "Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga". Semua pun berpunca dari diri sendiri. Saya harap Saiful Apek insaf dan bertaubat. Kepada Artis2 lain, Tolong JANGAN Sekali-kali jadi Contoh Yg Buruk. Bukan remaja saja yg mengikut teladan korang, tapi golongan kanak-kanak. Sedarlah bahawa Kita SEMUA ada TANGGUNGJAWAB kpd Masyarakat. .
saidi
itulah standard penglipulara kat malaya ni...glamour sikit ja, dah sedut taik syaitan tu.
Mohd Redzham Salleh
Artis ni sepatutnya menjadi Contoh Yang Baik, bukan sebaliknya. Ini yang dikatakan "Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga". Semua pun berpunca dari diri sendiri. Saya harap Saiful Apek insaf dan bertaubat. Kepada Artis2 lain, Tolong JANGAN Sekali-kali jadi Contoh Yg Buruk. Bukan remaja saja yg mengikut teladan korang, tapi golongan kanak-kanak. Sedarlah bahawa Kita SEMUA ada TANGGUNGJAWAB kpd Masyarakat. .
hamimah
Manusia tak sunyi drp melakukan ksilapan. Bertaubat dan dekatkan diri dgn Allah semoga menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat
nur
kesian, bakat ada tapi ambil dadah pulak. semoga Allah beri hidayah kepadanya.
Selamat
celebrity hollywood pun byk yg drug user.bukan standard artis melayu jer.
nur
x sangka dulu apek sendiri pernah beri komen masa yasin ditangkap dadah..
ZARIZAL BIN AHMAD
RASUAH, DADAH juga TADAH amat berbahaya dan mengancam keharmonian negara. Tatapilah wajah ibu, bapa, isteri dan anak-anak dan renongkanlah sensitiviti mereka dalam menghadapi masyarakat. Kesian.
ly9316
tak sangka apek buat mcm tu....i pminat apek dr dulu hgga skrg....why apekkkkk???
Azri b. Mansor
saiful tu dah hisap dadah sebelum pupular lagi. sama mcm Jamal. Moga2 dia insaf lepas ni
faizalmatzin@yahoo.com
macam ni nak dijadikan contoh tauladan yg baik yg selama ni diagungkan kemas dan perbaikan diri juga cerminkan wajah anda dulu wassalam
md.nazri
pegangan agama tak kukuh jadikan manusia hilang maruah,bertaubat dan insaflah bg yang seangkatannya.
ieja
kalau dulu masuk paper sebab menang anugerah sekarang masuk paper sebab isap dadah....ishh3....
amran
saya fikir pelawak saiful ni hanya dpt melawak jika hisap ganja ..kalau tak ambil ganja tak dpt melawak....low class py lawak...kami benci dadah
adzman mohd jani
manusia tidak sunyi dari kesilapan.namun apa yang berlaku adalah peringatan dan dugaan hidup.ingat mengingatkan tanggung jawab bersama.sama-sama kita mengingatkan saudara kita yang alpa kembali kepada kebenaran.
frangi panic
dah lama perasan comedian ni sperti ada yang tak kena..tgk raut wajah pon dah bole detect
masmir
Sgt minat saiful tp bila dah keadaan begini, timbul rasa menyesal dan kesian pula. Mudah2an selepas ini saiful insaf
mata4eye
Begitu standard artis melayu. Popular dengan pengambilan dadah dan minuman keras serta kaki perempuan. Walaupun segelintir yang melakukannya ia tetap mengunjurkan pada artis.Walaupun mendapat hasil yang lumayan namun tetap dengan perangai sedemikian.
Syaful
Dah lupa diri...bila dah ada nama semua lupa asal usul!
Saiful Nizam Bin Sina
Najis dadah pemusnah. Jauhi najis dadah. Berdoalah kepada Allah agar kita dirahmati dan dilindungi.
Abdul Jalil
Apa nak jadi dengan artis kita,tak habis2 dgn masalah.Tak sangka juga saiful apek boleh terlibat.Apa2pun biarkan pihak berwajib menyiasat adakah saiful apek tu terlibat atau tidak.
mohd fozi bin omar
ini sebagai pengaajaran kepada semua...terutama artis-artis... takut nanti masyarakat memandang serong.. susah cari makan...