SEOUL: Syarikat terkemuka Korea Selatan, Samsung Electronics berkata, mereka akan mengumumkan telefon bimbit terbaru bulan ini, beberapa minggu sebelum iPhone 5 diperkenalkan Apple.

Jurucakap Samsung, berkata syarikat terbesar pembuat telefon bimbit itu enggan memberikan maklumat terperinci mengenai peranti itu yang akan dipamerkan di Berlin pada 29 Ogos.