login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Rabu , 30 Julai 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
BMdua
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Saudagar batu permata
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my
2011/02/27

Minat dorong Muizz (kiri) dan Farul
Rodhee jual batu permata.
Minat dorong Muizz (kiri) dan Farul Rodhee jual batu permata.
Demi minat, dua anak muda buka perniagaan di internet

PADA awalnya mereka cuma berminat dengan cincin batu permata, tetapi lama-kelamaan timbul idea memasarkan batu permata selepas menganggap sakan perniagaan itu mempunyai potensi untuk berkembang berikutan minat ramai terhadap barang kemas - wanita sukakan batu permata manakala lelaki juga tidak kalah dengan cincin perak atau tembaga bertatahkan batuan berharga itu.
Apa yang menarik, kedua-dua sahabat ini, Mohd Azim Muizz Mohd Makim dan Farul Rodhee Hamzan, masing-masing berusia 29 tahun, bukanlah pakar tetapi atas dorongan minat, mereka sanggup mendalami ilmu batu permata asli, sintetik dan tiruan berdasarkan pengalaman, buku dan melayari internet.
Ditanya mengenai minat mereka terhadap batu permata, Farul Rodhee, berkata ia timbul kerana datuknya pernah menjadi penjual batu permata di Jalan Masjid India yang terletak di tengah-tengah ibu negara.

“Saya selalu ikut dia berniaga dan secara tidak langsung, rasa minat untuk jejak langkahnya timbul. Mohd Azim pula memang minat dengan cincin. Jadi, kami memutuskan untuk menjalankan perniagaan batu pertama selepas menyedari potensinya.

“Memandangkan kami ada pekerjaan tetap, perniagaan ini dijalankan secara sambilan menerusi online. Hampir empat tahun dalam bidang ini, kami dapati ia mampu menambahkan pendapatan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Mohd Azim atau lebih dikenali Muizz, batu permata juga dinilai menerusi empat ‘C’ iaitu clarity (kejelasan), cut (potongan), colour (warna) dan carat (karat), sama seperti kriteria yang perlu ada pada berlian.
Katanya, delima adalah batu permata paling berharga dan berkualiti tinggi yang mengambil masa sehingga berjuta tahun untuk terbentuk. Selain delima, zamrud dan nilam juga antara batu permata yang paling digemari.

“Delima Burma adalah yang paling berharga dan paling mahal manakala manakala daripada jenis zamrud, batu permata yang didatangkan dari Colombia paling diminati. Nilam Ceylon yang berasal dari Sri Lanka pula mengungguli batu permata nilam menjadi rebutan.

“Semuanya kerana kriteria seperti kejernihan, pancaran dan kekerasan batu permata itu. Delima misalnya mempunyai tahap kekerasan sembilan, kurang sedikit daripada berlian yang mempunyai tahap kekerasan 10,” katanya.

Perniagaan online yang dijalankan kedua-dua sahabat itu mendapat sambutan baik kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga di kedai.

“Kedai emas selalunya menjual dengan mengira karat pada batu permata. Sebagai contoh, satu karat berharga RM25. Jika delima mempunyai empat atau lima karat ia sudah mencecah RM100. Zamrud Colombia pernah dijual pada harga RM5,000 untuk setiap satu karat. Namun kami menjualnya mengikut butir,” kata Mohd Azim.

Ditanya mengenai bekalan batu permata itu, beliau berkata, ia diperoleh daripada pembekal dan ditempah menerusi internet.

Mereka juga memberi jaminan pelanggan memperoleh batu permata asli kerana mempunyai sijil pengesahan daripada Makmal Gemologikal Asia (AGL) yang bertanggungjawab mengesahkan keaslian batu permata.

Pelanggan yang berminat boleh melayari laman web www.batupermataimpian.blogspot.com untuk melihat batu permata yang diidamkan dan seterusnya membuat tempahan.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas