login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:29
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

'Saya sertai MIC untuk penyokong'


2010/07/23

KUALA LUMPUR: "Saya bukan menyertai MIC untuk kepentingan diri tetapi saya berkorban untuk ahli dan penyokong saya untuk sama-sama mencari tempat teduh.

“Ada cadangan daripada penyokong supaya saya menubuhkan parti sendiri tetapi saya tidak berminat selepas banyak parti serpihan di negara ini dan tidak mampu bertahan lama sekali gus tidak menguntungkan Barisan Nasional,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah.
Beliau diminta mengulas keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC semalam yang meluluskan permohonannya menjadi ahli MIC.
Murugiah, sebelum ini bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) ketika dihubungi petang semalam juga mendakwa penyertaannya dalam MIC akan turut menyaksikan lebih 200,000 bekas ahli PPP mengikutnya.

Katanya, semua permohonan itu dikemukakan kepada MIC, kelmarin dan diluluskan serentak oleh parti berkenaan semalam.

“Bagi bekas ahli PPP yang tidak berminat menyertai MIC akan dinasihatkan untuk menyertai mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) lain bagi memperkukuhkan BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Terdahulu, selepas mempengerusikan mesyuarat CWC, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata keputusan untuk menerima Murugiah dibuat selepas menerima permohonannya untuk menjadi ahli, kelmarin.
“Murugiah diharap dapat menjalankan tanggungjawab demi kebaikan masyarakat India. Keputusan dibuat selepas parti memikirkannya secara teliti dan mungkin Murugiah akan menjadi individu yang berguna untuk MIC,” katanya.

Dalam pada itu, mesyuarat CWC turut memutuskan untuk mengetepikan rayuan, sekali gus mengesahkan pemecatan dua daripada empat pemimpin parti itu.

CWC menolak rayuan bekas Ketua MIC Bahagian Petaling Jaya Selatan, V Subramaniam yang lebih dikenali sebagai Barath Maniam dan bekas ahli CWC, K P Samy, manakala rayuan bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan dan bekas ahli CWC, G Kumar Aaman akan diputuskan dalam mesyuarat CWC bulan depan.

Subramaniam yang ditemui selepas itu, berkata ini kali ketiga beliau dipecat.

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker