header

'Saya sudah buat terbaik'

Calon BN serah kepada pengundi, manfaat fasa terakhir berkempen

LABIS: "Saya sudah melakukan yang terbaik... apa yang berlaku saya hanya tawakal dan berserah kepada pengundi untuk buat pilihan," kata calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim menjelang hari penentuan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, esok.

Katanya, walaupun ada pihak berpendapat BN sukar mendapat sokongan pengundi Cina, beliau tetap yakin mendapat sokongan kaum berkenaan berdasarkan maklum balas diterimanya. "Malam tadi (kelmarin) saya bersama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman melawat Kampung Baru Cina dan Alhamdulillah sokongan sangat memberangsangkan," katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan mesra di Tenang Stesen, di sini semalam.

Terdahulu, Mohd Azahar menyertai program gotong- royong dan minum pagi bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Rumah Tok Batin Kampung Sungai Kecik selain melawat bengkel kraftangan Kampung Bukit Mambai.

Mohd Azahar atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ai berkata, beliau akan menggunakan kesempatan yang ada pada fasa terakhir kempen melakukan tinjauan mesra di seluruh kawasan DUN berkenaan.

Katanya, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan maklum balas dan sambutan diberikan pengundi pelbagai kaum serta peringkat usia dan yakin momentum itu akan memberi kelebihan kepadanya.
"Selepas tujuh hari kempen, saya semakin yakin dengan sambutan dan maklum balas pengundi. Insya-Allah ia akan diterjemahkan kepada undi, esok," kata bekas Pegawai Pentadbir Tanah daerah Kecil Rengit itu.

Pada pilihan raya kecil ini, Mohd Azahar ditentang calon PAS, Normala Sudirman bagi mengisi kerusi berkenaan yang kosong berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN.

SELEPAS memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari lalu, Mohd Azahar Ibrahim, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang di Dewan Persidangan, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di Nusajaya. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Mar 17, 2011 2:17 pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:08 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Mohd Azahar Ibrahim selepas keputusan pilihan raya kecil DUN Tenang diumumkan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zain Ahmed
Jan 31, 2011 2:06 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Mohd Azahar Ibrahim selepas diumumkan sebagai ADUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Jan 31, 2011 1:59 am
MOHD Azahar Ibrahim dijulang selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:23 am
MOHD Azahar Ibrahim diraikan penyokong dan ahli keluarga sejurus tiba di rumahnya di Jalan Tenang, Labis. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:34 am
MOHD Azahar Ibrahim bertemu neneknya, Esah Sulong, di rumah di Jalan Tenang, Labis, selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:40 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menaiki trak tentera untuk ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis kerana laluan dari tempat penginapan mereka dinaiki air. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:34 am
KENDERAAN terperangkap dalam kesesakan akibat banjir di hadapan Balai Polis Tenang Station selepas hujan sepanjang hari. - Foto Sairien Nafis
Jan 31, 2011 2:37 am
ANGGOTA Pertahanan Awam dan tentera dari Kem Gemas membawa mangsa banjir berpindah selepas rumah mereka di Kampung Ladang Verra ditenggelami air ketika pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:54 am

Mohd Azahar Ibrahim ADUN Tenang

Pautan Berkaitan