KUANTAN: Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi menetapkan 28 Januari ini sebagai sebutan semula kes ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 48, bersama tiga pengikutnya yang dituduh membunuh pegawai kanan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada 10 November lalu.