Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas Kementerian Pengangkutan tidak memberi maklum balas terhadap surat dihantar pihak berkuasa tempatan menuntut kementerian itu mematuhi prosedur pemasangannya.
“Kami sudah selesai fasa pertama iaitu menulis surat, dan selepas ini akan menutup kamera itu supaya ia tidak berfungsi dan jika masih tiada permohonan pembangunan dihantar kementerian dalam masa 14 hari, kami akan membuat keputusan lain, termasuk kemungkinan menanggalkan kamera berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan watikah pelantikan ketua kampung kepada lebih 400 pemimpin tempatan di sini, semalam.
Terdahulu, EXCO Kerajaan Negeri, Ronnie Liu, berkata kamera yang mengesan kesalahan lalu lintas pengguna jalan raya itu yang dipasang di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara-Selatan akan ditanggalkan, esok.
Katanya, keputusan menanggalkan kamera itu kerana kata dua yang diberikan kepada kontraktor AES untuk berbuat demikian dalam tempoh dua minggu, sudah pun berakhir.
Katanya, kerajaan negeri menganggap pemasangan kamera itu sebagai binaan haram kerana kontraktor gagal memohon mendapatkan kebenaran arahan pembangunan.
Bagaimanapun, Liu yang turut hadir pada sidang akhbar bersama Khalid berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk menyemak semula keputusan berkenaan.
“Kami memutuskan untuk mengubah strategi. Kami akan menutup kamera itu pada jam 2.30 petang, Jumaat ini. Saya sendiri akan berada di sana bagi memantaunya,” katanya.

Senarai Komen
Lepas ni jangan dipersalahkan pihak2 berkuasa kerana tak proaktif. Kalu drive malam2 tiba2 silau kena flash bermakna kamu memandu laju atau ada yg memandu laju. Jarak papantanda amaran AES adalah sama diamalkan di Jepun. Tiada kecoh pun orang Jepun. Jadi kenapa nak persalahkan sistem sedangkan undang2 yg ada pun tak bole diikuti.Orang malaysia memang lemak dan mengada2.Kamu belum rasa sedara sendiri terbunuh kerana sikap memandu laju orang lain.Tunggu isteri/anak/bini kamu jadi mangsa baru nak menyesal.Rata2 yg ingin mansuhkan AES adalah yg selalu memandu laju dan selalu kena saman.Harap kerajaan jangan tunduk pada rakyat yg makin lemak nih.
Tetapi apa yang berlaku JPJ memasang kamera ditempat atau kawasan yg bukan kelajuan tinggi seperti di SKVE KM6.6.kawasan ini mempunyai lima lane sblm 500M dari AES dan signboard 80KM/H hanya dipasang pada jarak 150-200meter sblm AES.Jadi sudah tentu driver yg memandu pada lane laju akan drive dlm 100KM/h lane ke2 dlm 90km/h dana lane 3 pada 80km/h.Jadi kawasan ini lebih kepada area yg JPJ spot akan mendapat saman paling tinggi tetapi bukan pada objektif utama adalah untuk mengurangkan kemalangan maut.Atau KPI telah berubah don't care about kemalangan tapi yg penting untuk saman pengguna dan motif utama DUIT.
Cadangan saya HOLD dulu pelaksanaan AES dan kaji semula tempat yg dipersetujui follow benchmark spt jepun yg pasang kamera di Hway shj yg straight lane tapi amat bahaya bagi pemandu bila sampai di selekoh yg tajam dan jalan yg tidak rata.
Di Malaysia Hway Plus yg patut pasang di Bukit Berapit Perak near changkat jering,after RNR gua tempurung near Ipoh,Senawang, Pagoh dan yg dlm JPJ rekod byk kemalangan maut atau kalau tak tahu boleh refer BOMBA.