login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
5:51
13:22
16:44
19:30
20:43
SMS waktu solat
... kawasan lain
Sabtu , 31 Julai 2010
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Sukan
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Selangor kena belasah Sriwijaya FC


2010/03/17

SELANGOR mendapati jurang antara liga tempatan dan Piala AFC umpama langit dan bumi selepas dibelasah 6-1 oleh Sriwijaya FC pada perlawanan kedua kejohanan tahap kedua kelab Asia di Stadium Jaka Baring, Palembang, semalam.

Pendahulu Liga Super itu yang meraih keputusan seri tanpa jaringan membanggakan menentang wakil Vietnam, Becamex Binh Duong dimusnahkan dua jaringan bekas pemain import Sabah, Keith Gumbs (m-86, 89), Arif Suyono (m-38, 69), Krangar Zah (m-39) dan Rachmat Maruf Rivai (m-58).
Penyerang Safee Sali menjelmakan harapan seketika untuk Selangor membawa pulang mata apabila meledakkan jaringan pembukaan minit ke-16, namun penyingkiran kapten, Mohd Amri Yahyah minit ke-47 menutup segala peluang buat pelawat selepas ketinggalan dua gol sebelum rehat.
Perlawanan seterusnya Selangor adalah menentang Victory SC dari Maldives pada 24 Mac ini.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker