Kuala Lumpur: Kerajaan Selangor semalam menangguhkan keputusan menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di dua lokasi di negeri itu.
“Difahamkan notis 14 hari tidak mencukupi, jadi kita beri lebih masa kepada JPJ dan akan menutupnya jika jabatan itu gagal berbuat demikian dalam tempoh diberikan,” katanya ketika dihubungi semalam.
MPS akan ambil tindakan
Dua kamera AES yang dipasang di Selangor terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Sepang (MPS), masing-masing di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) arah Kajang dan Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Mohd Sayuthi Bakar, berkata pihaknya tidak akan menutup kamera terbabit, sebaliknya mengarahkan syarikat bertanggungjawab, Beta Tegap Sdn Bhd dan JPJ menutupnya sendiri melalui notis Seksyen 72(1) C mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 yang dikeluarkan 6 Disember lalu.
“MPS akan ambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang sedia ada selepas tempoh matang notis yang dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kurangkan kemalangan
Mengulas isu sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata tindakan kerajaan Selangor itu tidak bertanggungjawab dan membuktikan ia tidak mengambil berat keselamatan pengguna jalan raya, sedangkan sepatutnya berusaha mengurangkan kadar kemalangan.
Mengenai hanya 57 orang berbanding 1,400 pesalah AES hadir ke mahkamah, beliau berkata, tindakan ke atas pesalah itu selepas ini bergantung kepada mahkamah.
Ditanya kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa syarikat swasta tidak sepatutnya mengendalikan AES, Cho Ha berkata, beliau akan meminta Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan menjelaskannya.
