KUALA LUMPUR Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, semua perhubungan dengan pesawat
MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur jam 12.41 pagi ke Beijing, China, terputus.

Dalam satu kenyataannya jam 9.03 pagi ini, beliau berkata, Pusat Kawalan Trafik Udara Subang melaporkan mereka terputus hubungan dengan pesawat terbabit jam 2.40 pagi (waktu tempatan Malaysia).Penerbangan MH370 beroperasi menggunakan pesawat Boeing B777-200.


Pesawat membawa 239 penumpang dan anak kapal - iaitu 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal)

Terdapat 13 warga negara berbeza membabitkan penumpang dalam pesawat.