login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Sabtu , 26 Julai 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Laman
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Seni Taman: Gubahan mawar
Bersama Abubakr As-Siddiq

2011/03/13

  
  • Foto

    POKOK ros boleh digabung dengan tumbuhan lain.

  • Foto

Bekas tanaman seramik, plastik, logam, kayu atau anyaman buluh serlahkan mawar di laman

PROSES kacukan pokok bunga ros atau mawar sentiasa dilakukan bagi menghasilkan pelbagai pokok kacukan atau hibrid yang bermutu tinggi dengan bunganya yang unik dan menarik sebagai tanaman berpasu, pokok sempadan, pokok pagaran, pokok pemanjat dan sebagainya. Oleh itu idea gaya dan cara pamerannya juga boleh dipelbagaikan seperti berikut:
  • Bunga ros sesuai sekali dijadikan bunga keratan untuk gubahan bunga hidup.
  • Pokok bunga ros juga sesuai ditanam dalam pasu sebagai pokok spesimen. Dicadangkan anda menanam pelbagai bentuk, rupa dan warna bunga ros dalam satu pasu untuk pameran pelbagai warna bunganya.

  • Adat pokok ros jenis pemanjat yang boleh ditanam terus di tanah di andam kemas menjadi pokok pagaran, atau boleh dilatih memanjat dinding, tembok, pergola, trellis dan sebagainya.

  • Bagi peminat bunga ros yang serius anda boleh membina sebuah taman yang ditanam dengan koleksi pokok bunga Ros pelbagai bentuk, rupa dan warna bunganya.

    Gaya pameran pokok bunga ros mini
    Namun, anda boleh lakukan gaya pameran yang lebih menarik lagi menggunakan sejenis pokok bunga Ros kacukan atau hibrid yang dikenali sebagai ‘Miniature Rose’ atau Ros mini. Ia begitu menarik sekali untuk dijadikan sebagai tanaman atau dipamerkan dalam ‘planter’ atau bekas yang cantik.

    Mengikut sejarah, pokok Ros mini ini telah lama ditanam di negara Cina sejak 200 tahun yang lalu. Bunganya bersaiz kecil saja iaitu dengan garisan pusat 1 hingga 2 inci saja. Kelopak bunganya pula sama ada selapis atau tersusun beberapa lapisan dalam pelbagai warna yang menarik seperti merah muda, oren kemerahan, putih, merah terang, dan juga campuran pelbagai warna yang lebih unik serta menarik.

    Ia biasanya dijual sebagai pokok untuk dihadiahkan kepada seseorang tersayang untuk memperingati hari tertentu seperti hari jadi dan sebagainya.

    Pertumbuhan pokoknya yang hanya setinggi 6 hingga 12 inci saja itu sangat sesuai untuk dijadikan hiasan dalaman seperti menghiasi meja tulis, meja di ruang tamu kediaman dan juga pejabat.

    Bagi menghasilkan pameran yang cantik dan menarik gunakan pelbagai bekas ‘planter’ yang cantik untuk mempamerkannya. ‘Planter’ di sini merujuk pasu cantik untuk menanam atau mempamerkannya. Ada pelbagai bekas diperbuat daripada seramik, plastik, logam, kayu dan sebagainya atau bahan anyaman seperti raga dan bakul yang boleh digunakan.

    Khas untuk pembaca semua saya akan tunjukkan cara mudah mempamerkan pokok Ros mini ini menggunakan raga anyaman yang cantik dan menarik.

    Bahannya:

    1) Pokok ros mini dalam pasu plastik (foto 1)
    2) Bakul anyaman (foto 2)
    3) Lumut ‘sphagnum moss’ yang boleh dibeli dari pusat tanaman.

    Ikuti langkah mudah mempamerkannya seperti berikut:

    Langkah 1: Alas beg plastik di bahagian bawah raga. Kemudian letakkan pasu tanaman Ros mini dalam raga berkenaan.

    Langkah 2: Seterusnya letakkan lumut ’Sphagnum moss’ di bahagian atas medium tanaman dalam pasu orkid agar nampak kemas, cantik dan menarik .

    Lihatlah hasilnya (foto 3), cantik?

    Selain ditanam dan dipamerkan secara solo, pokok Ros mini ini juga boleh digubah bersama dengan tanaman hiasan lain yang berbunga atau berdaun cantik.
    Lihatlah hasil idea pameran dan gubahan dalam pelbagai bekas pameran yang diperbuat daripada seramik, plastik, logam, kayu dan sebagainya atau bahan anyaman seperti raga dan bakul.

    Selepas ini bolehlah anda mula mengorak langkah menghiasi kediaman anda dengan pokok bunga Ros mini yang hidup dipamerkan dalam ‘planter’ atau sebagai bunga keratan dalam gubahan bunga hidup untuk hiasan meja ruang tetamu atau meja makan sebagai hiasan dalaman.

    Selamat mencuba.

  • Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

    Peta Laman

    Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
    Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

    Kembali ke atas