Kemalangan kira-kira jam 8.15 malam itu berlaku ketika hujan lebat dan kesemua mereka dari Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak dalam penugasan sempena lawatan sehari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Tanjung Malim, hari ini.
Manakala, mangsa yang mengalami cedera parah ialah Koperal Khairul Anuar Napi.
Dua pegawai polis yang mengalami cedera ringan adalah Pemangku Asisten Superintendan Mahazir Ahmad dan Inspektor Mohd Khairul Azhar Abdul Halim cedera ringan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan kejadian itu.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meluangkan masa melawat mangsa di Hospital Slim River tengah malam tadi.
