header

Serangan peribadi helah terakhir pembangkang

Sedar Johor kubu kuat, parti lawan semakin rakus guna pelbagai cara gugat pertahanan BN

TEMPOH berkempen bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang berbaki hanya dua hari lagi menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan pembangkang semakin ligat berkempen bagi memenangi hati pengundi. Dalam pada sibuk bertemu masyarakat, ada cerita yang tidak enak didengar apabila mula timbul strategi kotor, termasuk mereka cipta serta menabur fitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Niat mereka tidak sukar ditelah, iaitu bagi menimbulkan rasa benci serta menghilangkan keyakinan pengundi terhadap lawan.

Bagi pembangkang, khususnya PAS, sasaran mereka sekadar mahu mengurangkan majoriti undi BN, manakala BN pula berazam meraih undi lebih tinggi berbanding pilihan raya umum 2008.

Keazaman itu yang menjadi azimat untuk calon dan jentera BN terus bersemangat melalui tempoh lapan hari berkempen dengan menjawab pelbagai isu dilemparkan pihak lawan.
Jika diamati sepanjang tempoh empat hari pertama kempen, situasi di Tenang tidak banyak berbeza dengan 13 pilihan raya kecil sebelum ini. Pastinya serangan demi serangan berbentuk peribadi menjadi antara taktik memainkan emosi pengundi.

Semakin hampir hari pengundian, semakin rancak juga kempen kedua-dua parti bertanding. Pembangkang memainkan pelbagai isu dan paling ketara serangan peribadi terhadap calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, manakala BN siap sedia dengan jawapan bagi menangkis tuduhan.

Mungkin sikap tenang dan agak pendiam Mohd Azahar menjadikannya sasaran mudah untuk pembangkang melakukan serangan demi serangan terhadapnya, tetapi apa yang penting setiap serangan itu dengan penuh yakin ditepis calon itu bersama sokongan barisan kepemimpinan BN.

Walaupun dikatakan calon terbaik dan menjadi pilihan kerana mempunyai latar belakang bersih dan anak tempatan, ia bukan satu bonus buat Mohd Azahar atau Tok Ai berasa selesa atau telus daripada serangan.

Antara taktik pembangkang adalah mengaitkan calon BN itu dengan isu tanah milik seorang penduduk yang dilelong ketika Mohd Azahar menjadi Penolong Pentadbir Tanah Segamat pada 2000-2006 serta beberapa isu peribadi lain.

Agaknya memang isu itu ‘klimaks’ untuk pembangkang dalam taktik mereka pada pilihan raya kecil ini. Apa tidaknya, sebelum ini begitu berapi-api mereka melaungkan pelbagai isu nasional termasuk berkaitan FELDA, isu tanah dan harga barangan, mengapa kini berubah kepada serangan peribadi.

Jika diimbau, hampir sebulan sebelum penamaan calon lagi, pembangkang mengisi siri ceramah mereka dengan fokus kepada isu nasional di atas, namun mungkin menyedari taktik itu gagal menarik perhatian pengundi, lalu beralih pula kepada serangan peribadi.

Mungkin juga menyedari Johor kubu kuat BN, menjadikan parti lawan semakin rakus menggunakan pelbagai helah untuk menggugat pertahanan BN dan mungkin juga serangan peribadi menjadi helah terakhir mereka.

Ia bermula dengan cerita kononnya pemilihan Tok Ai tidak mendapat restu UMNO Bahagian Labis, namun mudah disangkal, tambahan pula Timbalan Ketua UMNO Labis, Rusdin Mahamud yang dikatakan antara calon favourite pada mulanya, tidak pernah lekang dengan Tok Ai dalam siri kempen yang dijalankan.

Berlainan pula dengan BN, walaupun ada ruang untuk mengikut langkah lawan menyerang peribadi calon PAS, ia langsung tidak digunakan, sebaliknya tumpuan kempen adalah kepada apa yang boleh dilakukan kerajaan untuk membantu rakyat.
Penyebaran fitnah dan serangan peribadi juga membuktikan pembangkang masih tetap dengan cara lama.

Apa yang diharapkan ialah kebijaksanaan pengundi di DUN Tenang menilai apa yang betul dan salah serta mengambil kira jawapan yang sudah diberikan bagi membalas setiap tuduhan sebelum membuat pilihan pada hari penentuan.

SELEPAS memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari lalu, Mohd Azahar Ibrahim, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang di Dewan Persidangan, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di Nusajaya. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Mar 17, 2011 2:17 pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:08 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Mohd Azahar Ibrahim selepas keputusan pilihan raya kecil DUN Tenang diumumkan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zain Ahmed
Jan 31, 2011 2:06 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Mohd Azahar Ibrahim selepas diumumkan sebagai ADUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Jan 31, 2011 1:59 am
MOHD Azahar Ibrahim dijulang selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:23 am
MOHD Azahar Ibrahim diraikan penyokong dan ahli keluarga sejurus tiba di rumahnya di Jalan Tenang, Labis. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:34 am
MOHD Azahar Ibrahim bertemu neneknya, Esah Sulong, di rumah di Jalan Tenang, Labis, selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:40 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menaiki trak tentera untuk ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis kerana laluan dari tempat penginapan mereka dinaiki air. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:34 am
KENDERAAN terperangkap dalam kesesakan akibat banjir di hadapan Balai Polis Tenang Station selepas hujan sepanjang hari. - Foto Sairien Nafis
Jan 31, 2011 2:37 am
ANGGOTA Pertahanan Awam dan tentera dari Kem Gemas membawa mangsa banjir berpindah selepas rumah mereka di Kampung Ladang Verra ditenggelami air ketika pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:54 am

Mohd Azahar Ibrahim ADUN Tenang

Pautan Berkaitan