header
Teks Ucapan TPM Ucapan dasar Ketua Wanita Ucapan Dasar Pemuda Ucapan dasar Puteri

Shahrizat tenang berdepan isu projek lembu

Ketua Wanita UMNO tetap bersama perwakilan minggu depan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang diheret dalam isu salah guna dana projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang dikendalikan suami dan anaknya akan tetap bersama perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO, bermula Selasa ini.

Sambil menganggap isu berkenaan yang tercetus susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai asam garam dalam kehidupan ahli politik, Ketua Wanita UMNO itu yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata ia tidak mengganggu kepemimpinannya dalam pergerakan itu.

Shahrizat berkata, kurangnya penampilannya di majlis atau media kerana bercuti dan kebetulan cuti tahunannya diluluskan awal dan ia berlaku ketika isu PFN timbul. “Program Wanita UMNO tidak tergugat, semua berjalan lancar mengikut perancangan. Seminggu lalu saya menunaikan umrah. Pagi tadi (semalam) saya bersama ribuan ahli dan pemimpin Wanita UMNO di Pahang dalam program dihadiri Sultan Ahmad Shah.

“Saya akan bersama perwakilan minggu depan dan kita akan bersidang sepanjang tempoh itu,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam sambil menambah persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO juga mengikut jadual dengan mesyuarat berkaitan usul akan diadakan hari ini.

“Sebelum sesi taklimat Presiden dan perasmian serentak Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, Selasa ini, kita sudah merangka beberapa program lain termasuk Isnin ini iaitu Malam Skuad Sayang bersama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor,” katanya.

Mengenai kemungkinan pembangkang menggunakan isu PFN untuk memecahbelahkan Wanita UMNO, beliau berkata, sudah tentu pembangkang akan melakukan pelbagai taktik dan cubaan untuk melemah serta memusnahkan pergerakan itu, tetapi Wanita UMNO akan terus memberi perhatian sepenuhnya kepada tugas diamanahkan.
Mengenai tambahan kerusi kepada Wanita UMNO pada pilihan raya umum nanti, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan tertinggi untuk menentukannya kerana percaya Datuk Seri Najib Razak peka dan prihatin dengan sumbangan sayap itu kepada parti dan negara.
SERTAI KAMI DI FACEBOOK
SEBAHAGIAN pemerhati sebak dan beremosi ketika mendengar ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di luar Dewan Merdeka, PWTC, semalam. - Foto Danial Saad
Dec 4, 2011 9:32 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin serta isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman memotong pulut kuning selepas Perhimpunan Agung UMNO 2011 ditangguhkan di PWTC, semalam. - Foto Aizuddin Saad
Dec 4, 2011 9:31 am
MASNATU Satong (kiri) bersama Redonah Bahanda membaca buku Wasiat Raja-Raja Melayu di dalam Dewan Merdeka, PWTC, semalam. - Foto Aizuddin Saad
Dec 4, 2011 9:19 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak memeluk bekas Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas selesai ucapan Penggulungan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011, semalam. - Foto Auzuddin Saad
Dec 4, 2011 9:18 am
PERWAKILAN dan pengunjung di PWTC menatap akhbar Berita Harian. - Foto NSTP
Dec 4, 2011 9:16 am
PENIAGA, MOHD Firdaus Rosshidin (kanan) melayan pembeli memilih kain pasang yang dilelong selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, semalam. - Foto NSTP
Dec 4, 2011 9:15 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak menerima tepukan gemuruh perwakilan pada ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Dec 4, 2011 9:10 am
AHLI UMNO bersemangat melaungkan ‘Hidup UMNO’ ketika menonton ucapan Presiden menerusi skrin besar di luang legar PWTC, semalam. - Foto BERNAMA
Dec 4, 2011 8:44 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama Ahli Majlis Tertinggi bersemangat membaca ikrar yang diketuai Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada ucapan penggulungan perbahasan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, hari ini. - Foto Osman Adnan
Dec 3, 2011 6:12 pm
URUSETIA Perhimpunan Agung UMNO dan anggota keselamatan memeriksa tempat duduk perwakilan ketika mesyuarat berhenti rehat di PWTC, hari ini. - Foto Osman Adnan
Dec 3, 2011 5:10 pm

Katakan tidak kepada pembangkang: Najib
Berita Harian:
Google: