IPOH: Sebahagian siling di ruang hadapan Klinik Dermatologi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) runtuh jam 6.30 pagi tadi.

Bahagian siling runtuh dianggarkan berkeluasan tujuh meter panjang dan dua meter lebar.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.