Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata melalui kad itu mereka mendapat potongan sehingga 60 peratus bergantung kepada barangan yang dibeli.
“Kad ini bertujuan meringankan bebanan penuntut di samping membolehkan mereka membeli barangan dengan harga murah dan berpatutan.
“Inilah kaedah yang digunakan kerajaan untuk membantu mahasiswa berbelanja secara berhemah berikutan kenaikan harga barangan sekarang,” katanya selepas majlis penyampaian Wang Pendahuluan Pembiayaan lebih 182 pelajar dalam Parlimen Bera di Dewan UMNO Bera di sini.
