Spekulasi Butler hijrah ke T-Team

Peter Butler
Bekas jurulatih Terengganu dijadual jumpa pengurus hari ini
Kuala Terengganu: Benarkah Peter Butler bakal menjadi jurulatih T-Team?
Jurulatih Terengganu itu yang baru saja ditamatkan kontrak oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) selepas digantung enam bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib persatuan, enggan mengulas mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, katanya, dia akan mengemukakan rayuan secara bertulis kepada PBSNT hari ini mengenai kes penggantungannya.
Katanya, langkah membuat rayuan itu juga bukan bertujuan supaya Terengganu mengambilnya semula sebagai ketua jurulatih, cuma dia tetap berharap rayuannya akan dipertimbangkan dengan sewajarnya.
"Penting bagi saya untuk mengembalikan kredibiliti sebagai jurulatih berwibawa selepas tindakan saya mendisiplinkan beberapa pemain dihukum berat dengan penggantungan dan penamatan kontrak.
"Saya juga mahu membuktikan PBSNT salah membatalkan kontrak saya selepas mereka sendiri menggantung saya selama enam bulan," katanya.
Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/