header

Starbucks, Coffee Bean di luar bandar

NAJIB ketika   membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat.
NAJIB ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat.

BILA Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) daaam Bajet 2012 di Parlimen, 7 Oktober lalu, ia mengundang pelbagai imaginasi. Secara umum, pengumuman Perdana Menteri itu memberi gambaran bahawa suatu perubahan besar akan berlaku di kawasan luar bandar. Luar bandar sering dikaitkan dengan kemunduran, cara hidup tradisional dan pemikiran kampung, bercucuk tanam dan jauh daripada kegiatan ekonomi.

Jika RTP dibayangkan dalam bentuk perubahan fizikal, ia bermakna sebuah kawasan di luar bandar atau sebuah kampung itu berubah wajah setelah mengalami proses transformasi.

Ia mungkin boleh dibayangkan sebagai sebuah pekan atau bandar moden yang lengkap dengan segala kemudahan tetapi jauh dari bandar. Proses transformasi ini perlu melalui satu proses yang panjang. Tetapi, RTP, memendekkan proses ini melalui pendekatan yang digunakan Najib. RTP adalah pelengkap kepada program transformasi menyeluruh negara yang diperkenalkan Perdana Menteri. Matlamat RTP ialah menjadikan luar bandar sebagai tempat tumpuan baru pelbagai bidang kegiatan. Ia menjadikan kawasan luar bandar sebagai tarikan pelabur, menyediakan peluang pekerjaan dan menjadikan ia kawasan yang lengkap dengan segala kemudahan dan keistimewaan. Bila kawasan luar bandar mempunyai segala-gala keperluan seperti di bandar, isu penghijrahan dari luar bandar ke bandar, dengan sendirinya terhenti. Apa yang mungkin berlaku, penghijrahan dari bandar ke luar bandar mungkin pula terjadi. Proses ini sudah pun bermula khasnya di kawasan-kawasan semi-luar bandar yang sudah pun mempunyai industri tertentu. Bila wujud industri, wujud peluang pekerjaan. Bila sesuatu kawasan menjadi tumpuan, pemaju atau kontraktor binaan terdorong untuk membina bangunan kediaman. Ini akan menyebabkan wujud keperluan membina sekolah, masjid dan rumah ibadat lain. Dengan bilangan penduduk yang ramai dan mempunyai keupayaan berbelanja, sektor perniagaan akan tumbuh dengan cepatnya.

Ini termasuk rumah-rumah kedai dengan pelbagai jenis jualan, pejabat, restoran, bank, pasar raya dan sebagainya. Dengan sendirinya, kemudahan asas perlu disediakan mengikut kepantasan transformasi. Tentunya, untuk sampai ke kawasan ini juga memerlukan satu proses transformasi berikutan keperluan membina jalan atau lebuh raya atau segala bentuk sistem pengangkutan yang boleh mempercepatkan hubungan. Sistem komunikasi juga terpaksa disediakan segera berasaskan permintaan yang pastinya menggalakkan.

Semua yang akan berlaku dan berkait-kait ini akan mempercepatkan pula proses mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC). RTC ialah pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian; perbankan dan insurans; khidmat nasihat perniagaan; latihan dan kemahiran; klinik serta ruang niaga. Penjelasan mudahnya, apa juga urusan yang sebelum ini terpaksa diselesaikan di bandar, disediakan di luar bandar. Ia bukan saja menjimatkan masa, tenaga dan wang, tetapi meningkatkan status luar bandar. Secara langsung di luar bandar sudah ada pejabat-pejabat utama kerajaan dan pegawai-pegawai berkaitan.

Ketika itu, contohnya, untuk menguruskan sesuatu pinjaman bagi membina kilang, diselesaikan menerusi pejabat peguam dan arkitek atau pinjaman di cawangan bank yangi diwujudkan di luar bandar. Tidak dapat digambar satu hari nanti penduduk luar bandar minum di restoran Starbucks atau Coffee Bean yang terletak di sebuah bangunan indah di tepi sawah yang tidak jauh dari restoran Kentucky Fried Chicken di tepi sungai.
Begitu juga, penduduk luar bandat membeli-belah di Jayajusco, Tesco atau Carrefour di tepi lombong. Jika badan letih, mereka pergi berenang di kolam renang, kemudian sauna atau jacuzzi dan spa. Cuma, mereka mungkin tidak berminat bermain golf kerana selama ini pun mereka sudah puas menebas lalang yang mengguna teknik dan gerakan tangan hampir sama memukul bola golf.

Pandu kiri atau kanan

CADANGAN supaya kerajaan mengkaji dasar pemanduan kenderaan dengan mengubah amalan pemanduan dari kanan ke kiri, agak janggal. Cadangan ini ibarat menyuruh orang yang sudah biasa menyuap nasi dengan tangan kanan, menukar kepada tangan kiri pula. Disebabkan perkara ini dibangkitkan di Parlimen, ia tertakluk kepada perbahasan. Sekadar mengasah minda, ia tidak menjadi kesalahan. Alasan yang diberikan ialah dengan penukaran amalan memandu dari kanan ke kiri ini, boleh mengurangkan kemalangan maut. Jika alasan ini boleh diterima bermakna punca kemalangan yang diberikan oleh polis trafik bahawa kebanyakan kemalangan hari ini berpunca daripada kelalaian pemandu, memandu laju, pemandu mengantuk, penumpang berlebihan, kerosakan pada kenderaan, tayar tidak berbunga dan sebagainya, tidak lagi relevan. Rasanya, kemalangan berpunca daripada banyak sebab bukan kerana memandu sebelah kanan. Untuk mengubah amalan memandu memerlukan kos yang sangat besar.

Pertamanya, kenderaan di Malaysia yang bahagian pemanduan di sebelah kanan, terpaksa ditukar - bermakna setiap orang perlu menukar kereta yang menggunakan pemanduan sebelah kiri. Kemudian, sistem jalan raya di seluruh negara perlu diubah termasuk simpang lampu isyarat, sistem jalan raya dan sebagainya. Begitu juga dengan pondok tol yang terpaksa diubah ke sebelah kiri, bukan lagi kanan seperti sekarang. Tidak kiralah di mana sekali pun, sama ada di Amerika Syarikat, Amerika Latin, Jerman, Itali, Arab Saudi dan negara lain yang menggunakan amalan pemanduan sebelah kiri, jika tidak mematuhi undang-undang dan melanggar peraturan jalan raya, kemalangan akan menanti mereka.
SERTAI KAMI DI FACEBOOK
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 selepas membentangkan Bajet 2012 di Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 7:36 pm
KAKITANGAN di sebuah pejabat swasta serius mendengar pembentangan Belanjawan 2012 yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi dalam talian. - Foto Nik Hariff Hassan
Oct 7, 2011 7:17 pm
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat dekat Balai Bomba Kuantan bersemangat menonton secara langsung pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari Bagunan Parlimen, Kuala Lumpur. - Foto Halim Mat Ali
Oct 7, 2011 6:28 pm
PEMANDU Hospital Sultanah Bahiyah gembira selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan gaji kepada golongan berpendapatan rendah dalam Belanjawan 2012, hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor
Oct 7, 2011 6:24 pm
MAHASISWA Perubatan Universiti Mansurah, Mesir (dari kiri) Muhammad Farhan Fadzil, Muhammad Faiez Othman dan Muhammad Hariz Azmir tidak melepaskan peluang bagi menyaksikan Belanjawan 2012 menerusi dalam talian, hari ini. - Foto Muhammad Fawwaz Ai'zat Sa'ari
Oct 7, 2011 6:21 pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berseloroh sambil menunjukkan warna baju sama ketika hadir membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Oct 7, 2011 5:34 pm
AHLI Parlimen pembangkang menunjukkan buku belanjawan Pakatan Rakyat di luar Dewan Rakyat sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 5:28 pm
WAKIL media menunggu di ruang legar ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 5:27 pm
SUASANA Dewan Rakyat tenang ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Oct 7, 2011 5:22 pm
ORANG ramai mengambil kesempatan beratur untuk membeli buku Laporan Ekonomi 2011/2012 yang berhanga RM45 di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini. - Foto Afendi Mohamed
Oct 7, 2011 5:06 pm

Rakyat sambut baik Bajet 2013
Berita Harian:
Google:

...lihat Reaksi rakan Facebook BH Online