login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:29
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Sukarelawan Malaysia ke Gaza dakwa diracun


2010/06/30

PUTRAJAYA: Sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel ketika misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, awal bulan ini, mendakwa diracun dengan arsenik yang diletakkan di dalam makanan mereka ketika dalam tahanan.

Ketua Misi Lifeline for Gaza Malaysia(LL4G), Noorazman Mohd Samsuddin, berkata dakwaan itu dikuatkan selepas tiga sukarelawan Indonesia yang turut ditahan, disahkan mempunyai kandungan arsenik yang tinggi dalam badan masing-masing apabila diperiksa selepas pulang ke negara mereka.
Justeru, katanya, semua 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel akan menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh untuk mengesan bahan itu di dalam badan mereka.
Beliau berkata, walaupun misi berkenaan sudah selesai, sukarelawan terbabit sering berhubung.

Bagaimanapun, katanya, enam sukarelawan Malaysia, termasuk dua krew televisyen Astro Awani sudah membuat pemeriksaan ringkas dan semuanya disahkan negatif.

“Kami akan membuat sekali lagi pemeriksaan lebih menyeluruh. Saya sendiri belum membuat pemeriksaan, tetapi akan melakukannya segera,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perkongsian Pengalaman Bersama Sukarelawan Malaysia ke Gaza di Wisma Putra, semalam.

Noorazman dan 11 sukarelawan Malaysia dibebaskan Israel awal Jun lalu, dua hari selepas kapal yang dinaiki untuk menghantar bantuan ke Gaza, Mavi Marmara, diserang menyebabkan sembilan sukarelawan pelbagai negara terbunuh.
Mengenai misi bantuan kemanusiaan akan datang, Noorazman berkata, ia dijadualkan selepas Ramadan ini dan dijangka membabitkan lebih 100 kapal.

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker