KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru di sini.

Baginda yang tiba kira-kira jam 1 tengah hari disambut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sultan Selangor bersama lebih 4,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid itu diimamkan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Abdul Ahad Abu Bakar.


Sultan Sharafuddin Idris Shah seterusnya bersalaman serta beramah mesra dengan orang ramai sebelum meninggalkan masjid kira-kira jam 2.30 petang. - BERNAMA