Sikap beliau menimbulkan persoalan bahawa Suu Kyi juga mungkin mempunyai sikap prejudis ke atas etnik berkenaan yang berhijrah dari Bengal beberapa kurun lalu dan enggan memberi komitmen terhadap isu ini.
Suu Kyi berada dalam kedudukan sukar, tetapi masyarakat antarabangsa kecewa kerana beliau tidak bersedia bersikap lebih lantang”. - Anna Roberts, Pengarah Kempen Burma United Kingdom
Pengkritik berkata, Suu Kyi sengaja mengelak membincangkan perkara itu sepanjang tempoh lapan minggu kekacauan di negeri Rakhine di barat Burma, yang mengorbankan beratus-ratus penduduk manakala berpuluh ribu lagi terpaksa meninggalkan kediaman mereka.
Keengganan beliau untuk mengkritik Presiden Thein Sein kerana menguatkuasakan dasar yang seolah-olah menyokong pembersihan etnik, menimbulkan kekeliruan dikalangan penyokong Suu Kyi.
Thein Sein sebelum ini berkata kira-kira 800,000 etnik Rohingya perlu ditempatkan di kem pelarian dan dihantar ke sempadan Bangladesh.
“Beliau berada di dalam kedudukan sukar, tetapi masyarakat antarabangsa kecewa kerana beliau tidak bersedia bersikap lebih lantang,” kata pengarah Kempen Burma United Kingdom, Anna Roberts.
“Beliau sengaja melepaskan peluang untuk memberi pendapat yang baik mengenai isu ini,” kata Pengarah kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Asia, Brad Adams. - Agensi
