login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Rabu , 23 Julai 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Swasta digalak anjur aktiviti semai perpaduan: Joseph Kurup


2013/09/08

PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi swasta digesa menganjurkan aktiviti kemasyarakatan yang dapat memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata ini kerana perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum harus dipertahankan kerana ia menjadi asas patriotisme, kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.
"Kita mengalu-alukan usaha mana-mana persatuan atau juga individu untuk mengadakan program yang difikirkan dapat mewujudkan perpaduan yang lebih mantap dalam kalangan masyarakat bagi memberi kesedaran kepentingan perpaduan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelepasan acara larian 'Run for Peace' anjuran Soka Gakkai Malaysia di Dataran Petaling Jaya di sini, hari ini.

Kurup berkata semangat perpaduan perlu dipupuk secara berterusan kerana semangat itu akan mudah hancur sekiranya alpa dan tidak dipelihara.

Dalam pada itu, beliau berkata acara larian itu yang disertai 15,000 peserta dapat memperkukuhkan lagi semangat perpaduan dan mewujudkan keamanan selain memberi kesedaran tentang amalan penjagaan kesihatan. - BERNAMA


Artikel Lain

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas