Pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof, enggan mengulas mengenai hubungan dengan bapanya, Datuk Yusof Haslam, yang dikatakan renggang, kerana bimbang kenyataannya disalahertikan.

“Saya tidak mahu komen apa-apa. Ya, saya sudah baca cerita itu di akhbar, dan saya mahu berbincang dulu dengan papa, baru saya akan komen,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Memetik laporan akhbar Harian Metro, semalam, pengarah, produser dan pemilik syarikat Skop Productions, Yusof, turut menafikan hubungan mereka berdua dalam keadaan dingin. Kononnya, keadaan itu berlaku akibat sikap Shamsul yang berlengah untuk menyiapkan filem KL Gangster 2.

Yusof yang ditemui wartawan HIP ketika menjayakan Anugerah Seri Temasek 2013 di Singapura, baru-baru ini, juga tidak menyatakan hubungan kedua-duanya renggang walaupun hadir ke acara itu tanpa Syamsul.