header

Syed Ibrahim mulakan tugas ADUN

TEMERLOH: Sehari selepas diumumkan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, terus menjalankan tugasnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau dengan mengunjungi penduduk.

Tugas pertamanya ialah melawat penduduk yang sakit, Taib Abdul Mubim, 56, di FELCRA Rumpun Makmur membuktikan beliau mengotakan janjinya untuk terus menjaga kebajikan rakyat selepas dipilih menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

Syed Ibrahim berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Kerdau akan dijadikan semangat untuknya berbakti kepada masyarakat, sebagai membalas jasa mereka memilih BN untuk terus kekal di situ. Katanya, selain daripada itu, beliau juga akan terus berusaha menarik undi di kalangan penyokong pembangkang menggunakan kaedah tersendiri sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, kemenangan dengan majoriti lebih besar membuktikan masyarakat di Kerdau menerima kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pembaharuan yang dilaksanakan.

“Saya tidak bermegah dengan kemenangan ini kerana ia datang dengan tanggungjawab dan amanah yang besar untuk dilaksanakan bagi membantu rakyat selepas mereka memilih pemimpin secara demokrasi.

“Kerajaan mempunyai perancangan jangka panjang dan pendek untuk memajukan kawasan ini seperti dijanjikan dan kita akan tunaikan secara berperingkat.
“Bagi menembusi kubu pembangkang pula, saya akan berusaha mendekati mereka kerana tempoh berkempen yang agak pendek, mungkin agak sukar untuk menimbulkan keyakinan mereka terhadap BN serta menyelesaikan masalah yang mereka hadapi,” katanya ketika ditemui selepas program menziarah penduduk di Rumpun Makmur, di sini, semalam.


CALON Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad menunjukkan isyarat bagus kepada jurufoto media selepas diumumkan memenangi kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya kecil DUN Kerdau di pusat penjumlahan rasmi undi, Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Sairien Nafis
Mar 7, 2011 12:19 am
CALON Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dijulang oleh penyokong selepas diumumkan menang bagi DUN N.28 Kerdau di Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Luqman Hakim Zubir
Mar 7, 2011 12:13 am
NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika diumumkan memenangi pilihan raya kecil N.28 DUN Kerdau di Pusat Penjumlahan Rasmi Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Mar 7, 2011 12:12 am
CALON Barisan Nasional (BN) DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad mengangkat tangan selepas diumumkan menang DUN Kerdau dengan majoriti 2,724 di Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Luqman Hakim
Mar 7, 2011 12:08 am
CALON Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad disambut ketika meluangkan masa meninjau peti undi di Jengka 25. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Mar 6, 2011 4:17 pm
KEADAAN lalu lintas di SMK Kerdau semasa hari pengundian pilihan raya kecil DUN Kerdau. - Foto Ahmad Al-Arfan Malik
Mar 6, 2011 4:12 pm
GELAGAT penyokong Barisan Nasional yang berhimpun di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau untuk meraih undi. - Foto Syed Abdullah Syed Nordin
Mar 6, 2011 4:08 pm
PENGANTIN baru, Marni Azlina Deraman, 26, sejurus keluar selepas membuang undi sambil diiringi suami, Mohd Saharul Hisham Hashim, 27, di Pusat Pembuangan Undi, Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 23. - Foto Sairien Nafis
Mar 6, 2011 4:06 pm
JENTERA Barisan Nasional menyediakan kemudahan bot untuk pengundi yang tinggal berhampiran Sungai Pahang untuk pergi mengundi. - Foto Syed Abdullah Syed Nordin
Mar 6, 2011 4:04 pm
CALON Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad dijulang tangan ketika berjalan dihadapan peraih undi PAS ketika meninjau peti undi Jengka 25. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Mar 6, 2011 4:01 pm

DUN Kerdau: Suasana penjumlahan undi dan pengumuman rasmi

Pautan Berkaitan