login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:29
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Ekonomi
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

TM lancar khidmat jalur lebar berkelajuan tinggi 24 Mac


2010/03/11

TELEKOM Malaysia (TM) akan melancarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) generasi masa depannya pada 24 Mac ini.

Syarikat telekomunikasi itu dalam kenyataannya berkata, pelancarannya akan diadakan di Dataran Merdeka dengan Datuk Sri Najib Razak sebagai tetamu rasmi.
Pada majlis itu, katanya Perdana Menteri akan turut melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI), yang mana HSBB adalah satu daripada inisiatif utamanya.
“Pada majlis pelancaran itu nanti, TM akan memperkenalkan jenama baru bagi perkhidmatan HSBB, selain mengumumkan pakej dan harganya.

“Pakej runcit HSBB tiga serangkai itu akan merangkumi tiga perkhidmatan, iaitu perkhidmatan suara, video yang merangkumi televisyen protokol internet (IPTV) dan ‘video-on-demand’, serta Internet berkelajuan tinggi,” katanya.

Ketua Eksekutif TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa dalam kenyataan itu berkata, walaupun pakej HSBB adalah perkhidmatan premium, tetapi ia akan ditawarkan pada harga mampu dilanggani.

“Kami ingin menawarkan perkhidmatan yang mampu dilanggani dan menarik untuk mendapatkan seramai mungkin pengguna di empat kawasan awal penyediaannya, dan berharap pengalaman positif mereka itu akan menjadi bukti kepada rakyat dari seluruh negara apabila HSBB meliputi kawasan mereka nanti,” katanya.
Projek HSBB bernilai RM11.3 bilion adalah usaha awam-swasta antara TM dan Kerajaan bagi membangunkan infrastruktur perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang.

TM akan membelanjakan RM8.9 bilion dalam projek itu, manakala kerajaan akan menyumbang RM2.4 bilion.

Menjelang akhir 2012, kira-kira 1.3 juta premis di seluruh negara akan menikmati akses kepada perkhidmatan itu.

Namun, buat permulaan kawasan yang akan diliputi perkhidmatan HSBB TM ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker