header

TPM nafi BN bayar Ummi ceramah

TEMERLOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyangkal dakwaan yang mengaitkan Barisan Nasional (BN) membayar ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali untuk mendedahkan semua rahsia berkaitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata, Anwar tidak menjawab semua tuduhan terhadapnya itu jika terbukti ia fitnah.

"Siapa bayar (Ummi Hafilda)? Sepatutnya Anwar kena jawab apa yang dibangkitkan Ummi Hafilda, tetapi sebaliknya dia pula menuduh Ummi Hafilda dibayar BN," katanya pada majlis Mesra Rakyat di Kampung Badok, di sini, semalam. Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar dalam ceramahnya di DUN Kerdau yang mengaitkan BN kononnya membayar Ummi Hafilda untuk berceramah bersebelahan atau bertentangan dengan lokasi ceramah Ketua Pembangkang itu di Rumpun Makmur, di sini, malam kelmarin.

Pada majlis itu Muhyiddin turut meluluskan peruntukan RM500,000 bagi membina masjid baru di Kampung Badok.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata, Ummi Hafilda datang ke DUN Kerdau untuk memberi penjelasan mengenai apa yang beliau tahu mengenai Anwar dan abangnya, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.

"Jika Anwar berpendapat apa yang dilemparkan Ummi Hafilda satu pembohongan dan fitnah, dia kena jawab dengan jelas mengatakan itu adalah fitnah.
"Jangan kaitkan dengan BN sebab kita pun tidak jemput Ummi Hafilda, tetapi dia datang untuk memberi penerangan secara langsung, dan ini membantu kita kerana dia ada pengalaman, sejarah dan pertalian darah dengan Azmin. Jadi apa yang disebutkannya pasti ada asas yang Ummi Hafilda sendiri lebih tahu," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata kenaikan harga beberapa barangan keperluan harian sejak kebelakangan ini disebabkan masalah kekurangan bekalan bahan makanan dunia dan bukan dilakukan sewenang-wenangnya oleh kerajaan BN.


CALON Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad menunjukkan isyarat bagus kepada jurufoto media selepas diumumkan memenangi kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya kecil DUN Kerdau di pusat penjumlahan rasmi undi, Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Sairien Nafis
Mar 7, 2011 12:19 am
CALON Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dijulang oleh penyokong selepas diumumkan menang bagi DUN N.28 Kerdau di Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Luqman Hakim Zubir
Mar 7, 2011 12:13 am
NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika diumumkan memenangi pilihan raya kecil N.28 DUN Kerdau di Pusat Penjumlahan Rasmi Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Mar 7, 2011 12:12 am
CALON Barisan Nasional (BN) DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad mengangkat tangan selepas diumumkan menang DUN Kerdau dengan majoriti 2,724 di Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Luqman Hakim
Mar 7, 2011 12:08 am
CALON Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad disambut ketika meluangkan masa meninjau peti undi di Jengka 25. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Mar 6, 2011 4:17 pm
KEADAAN lalu lintas di SMK Kerdau semasa hari pengundian pilihan raya kecil DUN Kerdau. - Foto Ahmad Al-Arfan Malik
Mar 6, 2011 4:12 pm
GELAGAT penyokong Barisan Nasional yang berhimpun di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau untuk meraih undi. - Foto Syed Abdullah Syed Nordin
Mar 6, 2011 4:08 pm
PENGANTIN baru, Marni Azlina Deraman, 26, sejurus keluar selepas membuang undi sambil diiringi suami, Mohd Saharul Hisham Hashim, 27, di Pusat Pembuangan Undi, Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 23. - Foto Sairien Nafis
Mar 6, 2011 4:06 pm
JENTERA Barisan Nasional menyediakan kemudahan bot untuk pengundi yang tinggal berhampiran Sungai Pahang untuk pergi mengundi. - Foto Syed Abdullah Syed Nordin
Mar 6, 2011 4:04 pm
CALON Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad dijulang tangan ketika berjalan dihadapan peraih undi PAS ketika meninjau peti undi Jengka 25. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Mar 6, 2011 4:01 pm

DUN Kerdau: Suasana penjumlahan undi dan pengumuman rasmi

Pautan Berkaitan