header
Teks Ucapan TPM Ucapan dasar Ketua Wanita Ucapan Dasar Pemuda Ucapan dasar Puteri

Tak ada ramuan ajaib raih kemenangan: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada ramuan ajaib yang boleh dijadikan azimat kepada Barisan Nasional (BN) untuk meraih kemenangan cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, apa yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin semua peringkat ialah bekerja bersungguh-sungguh dengan mengamalkan tujuh ramuan perjuangan bagi mempertahankan kuasa politik di negara ini.

"Pertama, kita harus mementingkan soal perpaduan dalam parti, mempunyai kesatuan hati. Malah apa yang lebih penting ialah kita tidak menimbulkan masalah dalam parti dan jangan mewujudkan masalah baru menjelang PRU-13. "Kedua, soal kesetiaan dalam parti juga harus dipatuhi dan tidak melanggar taat setia itu," katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO ke-62 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, ketiga ialah supaya orang UMNO khususnya perlu berkhidmat kepada parti dan rakyat.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, ramuan keempat berkisar pula kepada semua ahli parti berkenaan perlu sanggup melakukan sebarang pengorbanan demi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum terbabit.

"Kelima ialah semua pihak tiada alasan selain berusaha bersungguh-sungguh dalam perjuangan politik," katanya sambil menambah redha dan tawakal.
Pada akhir ucapan beliau mengetuai bacaan ikrar taat setia perwakilan UMNO yang antara menuntut kesetiaan penuh orang UMNO kepada Presiden dan perjuangan parti berkenaan.


SERTAI KAMI DI FACEBOOK
SEBAHAGIAN pemerhati sebak dan beremosi ketika mendengar ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di luar Dewan Merdeka, PWTC, semalam. - Foto Danial Saad
Dec 4, 2011 9:32 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin serta isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman memotong pulut kuning selepas Perhimpunan Agung UMNO 2011 ditangguhkan di PWTC, semalam. - Foto Aizuddin Saad
Dec 4, 2011 9:31 am
MASNATU Satong (kiri) bersama Redonah Bahanda membaca buku Wasiat Raja-Raja Melayu di dalam Dewan Merdeka, PWTC, semalam. - Foto Aizuddin Saad
Dec 4, 2011 9:19 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak memeluk bekas Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas selesai ucapan Penggulungan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011, semalam. - Foto Auzuddin Saad
Dec 4, 2011 9:18 am
PERWAKILAN dan pengunjung di PWTC menatap akhbar Berita Harian. - Foto NSTP
Dec 4, 2011 9:16 am
PENIAGA, MOHD Firdaus Rosshidin (kanan) melayan pembeli memilih kain pasang yang dilelong selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, semalam. - Foto NSTP
Dec 4, 2011 9:15 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak menerima tepukan gemuruh perwakilan pada ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Dec 4, 2011 9:10 am
AHLI UMNO bersemangat melaungkan ‘Hidup UMNO’ ketika menonton ucapan Presiden menerusi skrin besar di luang legar PWTC, semalam. - Foto BERNAMA
Dec 4, 2011 8:44 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama Ahli Majlis Tertinggi bersemangat membaca ikrar yang diketuai Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada ucapan penggulungan perbahasan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, hari ini. - Foto Osman Adnan
Dec 3, 2011 6:12 pm
URUSETIA Perhimpunan Agung UMNO dan anggota keselamatan memeriksa tempat duduk perwakilan ketika mesyuarat berhenti rehat di PWTC, hari ini. - Foto Osman Adnan
Dec 3, 2011 5:10 pm

Katakan tidak kepada pembangkang: Najib
Berita Harian:
Google: