Tak sempat pakai baju Melayu baru2012/08/21Pendang: Saya tak sangka adik pergi selamanya pada pagi 1 Syawal tanpa sempat pun pakai baju Melayu jingga yang dibelinya untuk hari raya, kata Mohd Nizam Mehad, 26.
Adiknya, Mohamad Aziz, 21, lemas selepas terjatuh ke dalam tali air Sungai Mati di Kampung Kuala Lanjut, Mukim Lesong di sini. Dalam kejadian 10.15 pagi itu, Aziz yang mengambil upah meracun di Gunung Keriang, Alor Setar, dipercayai terjatuh ke dalam tali air apabila motosikalnya terbabas. Pulang dari kedai Mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang dari kedai runcit berhampiran membawa anak saudaranya, Mohd Khairul Azhar Mohd Saman, 3, namun Khairul terjatuh di tebing dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Nizam berkata, adiknya sebelum itu meminjam motosikalnya untuk beraya bersama rakan sebelum ke kedai berhampiran membeli makanan ringan buat keluarga. |