gambar sebelum  gambar berikut
Foto

BANJIR menenggelami kenderaan di daerah kewangan, New York, Amerika Syarikat berikutan Taufan Sandy melanda timur negara itu hari ini. - Foto AFP

Foto

BANJIR... Laluan keluar dari tempat letak kenderaan bawah tanah dipenuhi air mengakibatkan orang ramai berpusu-pusu mengeluarkan kenderaan masing-masing di daerah kewangan, New York, Amerika Syarikat hari ini, berikutan dilanda Taufan Sandy. - Foto AFP

ATLANTIC CITY (New Jersey): Taufan Sandy membadai pantai New Jersey awal pagi tadi dan menghasilkan ombak setinggi empat meter, sekali gus menimbulkan keresahan penduduk tempatan selepas taufan itu menghanyutkan jeti di Atlantic City dan menyebabkan kempen presiden ditunda.

Pada peringkat awal, ribut berkenaan tidak diletakkan sebagai taufan, namun perbezaan itu adalah teknikal semata-mata, berdasarkan bentuk dan suhu dalaman.
Ribut berkenaan masih membawa angin kencang dan ahli kaji cuaca berkata ia kekal merbahaya kepada lebih 50 juta rakyat di kawasan berkenaan.


Pusat Taufan Kebangsaan mengumumkan pada jam 8 malam, Taufan Sandy menghampiri pantai berhampiran Atlantic City. Ombak di laut berkenaan mencatatkan rekod ketinggian gelombang empat meter. - AP