header

Teck Lee akui reaksi pengundi bercampur-campur

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee antara ahli politik 'lama' di Sabah dan memang dikenali ramai penduduk Sabah. Bekas salah seorang pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah (PBS), beliau kini mengetuai Parti Maju Sabah (SAPP) sebagai parti pembangkang dengan memperkenalkan konsep Sabah Untuk Sabah tetapi mendapat pelbagai reaksi negatif.

SELEPAS beberapa hari kempen, bagaimana Datuk melihat maklum balas pengundi?

Reaksi diterima positif. Dalam kawasan Karamunting misalnya, beberapa kunjungan saya di kawasan bandar dan pasar, reaksinya sangat positif. Pada peringkat kampung, reaksinya bercampur-campur. Ada yang sangat positif dan ada yang segan sikit. Dalam kempen ini, Datuk banyak bangkitkan isu negeri atau nasional. Inikah yang pengundi Batu Sapi mahu dengar?

Begini, isu nasional sebenarnya yang menjadi sebab wujudnya isu tempatan. Misalnya dalam penyediaan kemudahan asas, kita lihat wakil rakyat di sini tidak bergerak, tidak lagi bagi perkhidmatan. Kenapa? sebab sudah menang, sudah jadi fixed deposit. Bila terus begini, rakyat yang susah. Wakil rakyat sedia ada tidak membantu rakyat.

Datuk dikatakan banyak memfokuskan kepada pengundi Cina, seolah-olah bergantung kepada mereka untuk menang?

Kita ada 12 markas daerah mengundi, kita gerakkan setiap hari di seluruh Sandakan dan Batu Sapi. Jadi itu tidak benar (fokus kepada pengundi Cina semata-mata), kita memberi penekanan kepada semua, seluruh pengundi Batu Sapi untuk menang.
Dalam kempen pilihan raya ini, SAPP dilihat seolah-olah bercakap sebagai pembangkang tunggal seperti PKR tidak wujud?

PKR ada isu, DAP pun ada isu dan kami pun ada isu. Isu yang kami bawa se bagai wakil negeri. Malah, banyak isu yang boleh kami bawa... kami boleh tonjolkan tapi mereka biarpun parti nasional, tidak boleh bawa. Saya bagi contoh, isu autonomi untuk Sabah atau hak-hak rakyat Sabah atau borneonisasi

Apa harapan Datuk sebagai calon dan Presiden SAPP dalam pilihan raya kecil ini?

Harapan memang ada. Kalau hari ini (semalam) hari mengundi, BN memang masih di depan. Tapi tunggu 4 November ini. Kita masih ada satu minggu lagi. Ya, bukannya mudah, tapi kami sedang mendaki untuk menuju puncak.
AHLI Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin menandatangani buku sumpah Ahli Dewan Rakyat selepas mengangkat sumpah di Parlimen, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
Nov 9, 2010 12:22 pm
AHLI Parlimen Batu Sapi yang baru, Datin Linda Tsen Thau Lin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. Tsen, 54, yang juga Naib Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi Wakil Rakyat setelah memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Khamis lalu. - Foto BERNAMA
Nov 9, 2010 12:20 pm
CALON Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Tsau Lin yang memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dijulang Puteri Umno yang turut hadir ketika pengiraan undi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 5, 2010 12:05 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (empat dari kiri) bersama-sama penyokong-penyokong BN yang lain mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Tsau Lin (dua dari kiri) di atas kejayaan beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 5, 2010 12:03 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (kiri) beramah mesra dengan calon SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi ketika pengiraan undi di jalankan di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 5, 2010 12:01 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (dua dari kiri) sempat beramah mesra dengan calon Parti Keadilan Rakyat, Ansari Abdullah bagi pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi ketika pengiraan undi di jalankan di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 4, 2010 11:59 pm
DATIN Linda Tsen Thau Lin dari Barisan Nasional mengangkat tangan ketika di umumkan sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi oleh Pegawai Pengurus, Mohamad Hamsan Awang Supain (dua dari kiri) sambil diperhatikan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR, Ansari Abdullah di Pusat Perjumlahan Undi, Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
Nov 4, 2010 11:57 pm
PETUGAS SPR meletakkan peti undi dan dipamerkan di atas pentas di Pusat Perjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
Nov 4, 2010 11:55 pm
PETUGAS SPR membewa peti undi untuk dipamerkan di atas pentas di Pusat Perjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
Nov 4, 2010 11:54 pm
PETI undi dibawa masuk ke Dewan Masyarakat Sandakan bagi proses penjumlahan undi pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Sairien Nafis
Nov 4, 2010 11:52 pm

Keputusan pilihan raya kecil Batu Sapi

Pautan Berkaitan