header

Teck Lee dakwa rakyat dikelirukan maklumat SAS

SANDAKAN: Sehari selepas mencabar Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berdebat, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee semalam pula menyifatkan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Yee Moh Chai sebagai pembohong.

Beliau mendakwa anggota Kabinet negeri itu tidak bercakap benar berhubung isu Saham Amanah Sabah (SAS) sebelum ini dan sewajarnya memohon maaf kepada penduduk negeri ini atas maklumat mengelirukan itu.

Pada sidang media di Bandar Leila di sini, beliau juga tidak ketinggalan mencabar Musa untuk mengklasifikasikan semula semua dokumen rasmi berkaitan dengan saham berkenaan yang kini mengalami kerugian, bagi membolehkan rakyat mengetahui puncanya. Beliau mendakwa, sebab utama kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini menolak usul mengeluarkan kertas putih berhubung isu berkenaan ialah kerana pemimpin UMNO turut terbabit dalam mempengaruhi keputusan pembelian saham syarikat berkaitan mereka.

"Sekali lagi saya ingin mencabar Musa dan Yee untuk mengklasifikasikan semula dokumen rasmi ini (SAS) dengan segera, bagi membolehkan nama pemimpin UMNO yang terbabit dalam kes ini didedahkan agar rakyat tahu siapa sebenarnya pengkhianat.

"Dulu Dr Yee tidak menyokong usul untuk mengeluarkan kertas putih itu pada sidang Dewan Undangan Negeri kerana tidak mahu menyalahkan pemimpin UMNO, selain enggan hilang jawatan menteri.

"Buat kali ketiga, saya katakan pada hari ini (semalam), Dr Yee Moh Chai adalah seorang pembohong. Kalau dia nak saman saya, silakan.. bila-bila masa," katanya.
Yong yang juga calon SAPP dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi ini, turut membidas Musa berhubung tuduhan rasuah yang dilontarkan ke atas dirinya dan menyifatkan beliau sebenarnya lebih banyak berdepan dakwaan berhubung isu itu.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan Ketua Menteri Sabah itu mengenai kehilangan 1.2 juta hektar kawasan maritim di Sabah kepada kerajaan Brunei sebelum ini yang tidak sepatutnya berlaku.

"Mengenai RM610 juta pinjaman yang diberikan oleh Sabah Development Bank kepada sebuah syarikat di Kuala Lumpur bagi membangunkan projek di Ampang... kenapa wang itu tidak digunakan bagi membiayai projek komersial di Sandakan?," katanya.
AHLI Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin menandatangani buku sumpah Ahli Dewan Rakyat selepas mengangkat sumpah di Parlimen, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
Nov 9, 2010 12:22 pm
AHLI Parlimen Batu Sapi yang baru, Datin Linda Tsen Thau Lin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. Tsen, 54, yang juga Naib Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi Wakil Rakyat setelah memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Khamis lalu. - Foto BERNAMA
Nov 9, 2010 12:20 pm
CALON Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Tsau Lin yang memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dijulang Puteri Umno yang turut hadir ketika pengiraan undi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 5, 2010 12:05 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (empat dari kiri) bersama-sama penyokong-penyokong BN yang lain mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Tsau Lin (dua dari kiri) di atas kejayaan beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 5, 2010 12:03 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (kiri) beramah mesra dengan calon SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi ketika pengiraan undi di jalankan di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 5, 2010 12:01 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (dua dari kiri) sempat beramah mesra dengan calon Parti Keadilan Rakyat, Ansari Abdullah bagi pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi ketika pengiraan undi di jalankan di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 4, 2010 11:59 pm
DATIN Linda Tsen Thau Lin dari Barisan Nasional mengangkat tangan ketika di umumkan sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi oleh Pegawai Pengurus, Mohamad Hamsan Awang Supain (dua dari kiri) sambil diperhatikan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR, Ansari Abdullah di Pusat Perjumlahan Undi, Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
Nov 4, 2010 11:57 pm
PETUGAS SPR meletakkan peti undi dan dipamerkan di atas pentas di Pusat Perjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
Nov 4, 2010 11:55 pm
PETUGAS SPR membewa peti undi untuk dipamerkan di atas pentas di Pusat Perjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
Nov 4, 2010 11:54 pm
PETI undi dibawa masuk ke Dewan Masyarakat Sandakan bagi proses penjumlahan undi pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Sairien Nafis
Nov 4, 2010 11:52 pm

Keputusan pilihan raya kecil Batu Sapi

Pautan Berkaitan