Perkara ini diumumkan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sebentar tadi.
"Mereka nak bayar saman tetapi sistem tergendala kerana ramai sangat nak bayar masa itu. Maka untuk mereka yang ikhlas dan jujur untuk membayar kompaun tetapi tidak dapat membayar dalam dua ke tiga hari lalu, kita buat keputusan untuk memanjangkan tempoh 10 hari lagi," katanya.
Sejak Ogos tahun lalu, kerajaan memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.
Bagaimanapun, hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam semalam, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.

Senarai Komen
Tempoh pemberian diskaun bagi bayaran kompaun kesalahan trafik yang tamat kelmarin dilanjutkan sehingga 10 Mac ini.
Apa yang selalu saya dengar atau baca ialah tempoh bayaran 'saman', yang saya rasa tak sesuai.
Sama jugalah dengan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. Ada yang kata untuk membantu 'pesalah' jenayah. Itu tak betul. Yang nak dibantu ialah yang tertuduh dengan kesalahan jenayah.
bila satu2 peraturan atau undang2 dah dibuat kita kena tegas dgn keputusan tu..
kalau mcm ni susahlah polis, pos etc