login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Jumaat , 25 April 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Joran
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Tengas Chamang makan malam
Oleh Zuhilmi Hat

2011/01/22

BOY (kiri) dan Liza bersama tengas yang ditewaskan di Hutan Rekreasi Air Terjun Chamang, barubaru
ini.
BOY (kiri) dan Liza bersama tengas yang ditewaskan di Hutan Rekreasi Air Terjun Chamang, barubaru ini.
BAGI sesetengah pemancing Hutan Rekreasi Air Terjun Chamang, Bentong adalah destinasi seterusnya Geng Bilis terdiri daripada Liza, Boy dan Syed melakukan penerokaan mencari ikan di air pergunungan yang menjadi kegilaan mereka untuk pemburuan kali ini.

Mana tidaknya, berita dari rakan-rakan yang pernah menjinakkan ikan ini mengatakan isi tengas cukup sedap digoreng garing walaupun tanpa dibuang sisiknya yang berwarna seakan emas.
Berbekalkan umpan perut ayam segar yang diperoleh sejak awal pagi di pasar Borong Selayang melalui seorang kawan, bukan perkara mudah untuk menjinakkan ikan ini sekiranya tidak kena dengan umpannya.
Bertolak dari ibu negara jam 5 petang melalui Lebuh raya Karak menuju ke pekan Bentong kira-kira 54 kilometer perlu disegerakan sebelum tibanya waktu malam.

Kelewatan sebegini mungkin akan melambatkan pergerakan akibat mencari denai yang berselirat sekitar kawasan air terjun terbabit.

Lubuk pertama yang ditemui Geng Bilis pada malam itu dirasmikan oleh Syed selaku ketua trip kali ini dengan umpan perut ayam yang dipotong dadu dengan mata kail saiz tujuh dan kemudiannya dicampakkan di reba kayu di tengah sungai.

Belumpun sampai 15 minit, joran aksi ringan milik Syed direntap ikan yang menyebabkan joran beliau hampir terjun ke dalam sungai.
Beliau yang sedang menyediakan set pancing keduanya itu, kemudian bergegas menyentap jorannya dan pertarungan berlaku kira-kira lima minit sebelum ikan tengas bersisik keemasan berskala satu kilogram terkulai di tebing sungai.

“Boleh buat lauk bujang kita tengah hari esok la. Dah lama tak makan isi ikan tengas yang sedap ini,” kata Boy kepada Liza yang duduk di tebing sungai sedang memacakkan pancang jorannya.

Selepas setengah jam berlalu, lubuk kedua terpaksa dicari semula oleh tiga sekawan itu memandangkan tangkapan pertama tadi menyebabkan ikan tengas menjadi culas untuk memakan umpan seterusnya.

Lubuk yang dituju kali ini terletak kira-kira 200 meter dari lubuk sebelumnya, kawasan sekitarnya pada malam itu sedikit gelap gelita kerana dipenuhi kebun petai dan durian milik orang asli di perkampungan dekat situ.

Syed, Boy dan Liza berpecah tetapi duduk berdekatan satu sama lain. Syed memilih di kawasan berbatu yang mempunyai air terjun dan agak dalam manakala Liza dan Boy memilih lubuk yang airnya tenang.

Pada malam itu, penggunaan lampu pelita picit terpaksa diminimumkan susulan bimbang ikan di lubuk terbabit mengesan kehadiran manusia.

Mereka bertiga bergegas menyediakan set pancing secara berhati-hati dan senyap sekali dan kemudian umpan dilabuhkan dalam sungai yang berkeadaan airnya agak tinggi ketika itu.

Kali ini, giliran Boy dan Liza pula yang serentak menyentap joran masing-masing dalam suasana kegelapan malam dengan set joran ringan mereka.

Mujurlah dengan berpengalaman memancing pada waktu malam dalam beberapa trip baru-baru ini digunakan sepenuhnya untuk melayan dua ikan tengas yang berskala hampir sekilogram.

Cara perpindahan lubuk sebentar ini terpaksa dilakukan beberapa kali akibat ikan tengas lain yang takut memakan umpan pada lubuk sama.

Trip terakhir tahun ini terpaksa ditamatkan kira-kira jam 5 pagi akibat hujan yang turun secara tiba-tiba sebelum pulang dengan 15 ekor tengas berskala 800 gram ke atas.

Artikel Lain

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas