DOVER: Tiga orang mati dan dua mengalami kecederaan selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan pada perlawanan bola sepak di Delaware tetapi pihak berkuasa enggan menyatakan motif kejadian.

Mangsa yang mati termasuk penganjur kejohanan, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang menyertai pertandingan dan salah seorang suspek yang mencetuskan kejadian ganas petang kelmarin di taman berdekatan bandar Wilmington.
Salah seorang suspek ditahan dan pernah dikenakan waran tangkap atas dakwaan membunuh pada kejadian tembak menembak 2008. - AP