Tiga tebuasan warga Eropah di Mali dibebaskan2012/07/20OUAGADOUGOU: Tiga pekerja sukarelawan warga Eropah hari ini dibebaskan di Mali selepas diculik kumpulan Al-Qaeda sebagai pertukaran dengan tiga anggota Al-Qaeda yang ditahan sebelum ini.
Pakar perunding berkata, semua sukarelawan terbabit kini sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. Kumpulan militan, Pergerakan Individu dan Jihad di Afrika Barat (MUJAO), mendakwa mereka menerima wang tebusan 15 juta Euro (AS$18.4 juta), selain berjaya membebaskan seorang pejuang dari penjara. "Kami mendapat 15 juta Euro untuk melepaskan tiga tebusan dan kami juga memperoleh pelepasan mujahidin yang dipenjarakan di Mauritania sebagai balasan untuk membebaskan seorang sukarelawan warga Itali dan dua warga Sepanyol,” kata Walid Abu Sarhaoui. - AFP =========================== |