login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Wilayah
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Timur: Kes pecah rumah serius
OlehAinal Marhaton Abd Ghani

2010/07/28

KUANTAN: Kejadian pecah rumah di kawasan perumahan di Kilometer Enam, Jalan Gambang di sini semakin membimbangkan apabila penjenayah turut bertindak nekad memasuki rumah pada waktu siang.

Apa yang menakutkan penjenayah bukan saja melakukan kegiatan itu ketika penghuni keluar bekerja atau tiada orang di rumah, sebaliknya menceroboh masuk ketika warga tua saja berada di rumah.
Berikutan kejadian itu, lebih 800 penduduk di kawasan rumah murah di situ mendesak pemimpin masyarakat menubuhkan pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dengan segera bagi membendung kegiatan jenayah itu daripada berleluasa.
Mereka meminta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Belukar mengadakan perjumpaan dengan pihak keselamatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inderapura, Datuk Mohd Shafik Fauzan Sharif bagi memastikan SRS dapat ditubuhkan dalam tempoh terdekat bagi mengelak kejadian lebih serius berlaku.

Seorang penduduk, Mohd Yazid Hamzah, 24, berkata SRS perlu diwujudkan segera kerana kawasan perumahan itu kini menjadi tumpuan pencuri.

Rumah saya sudah dua kali dimasuki pencuri dalam tempoh tiga bulan dan terakhir April lalu. Dua telefon bimbit milik saya dan seorang kakak serta dompet dikebas pencuri yang memasuki rumah dengan mengumpil pintu dapur.

Saya mengesyaki pencuri adalah orang yang sama mencuri di rumah jiran kerana kebanyakan yang dicuri adalah barangan berharga termasuk komputer riba dan barang kemas jiran, katanya.
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Intan, 44, berkata rumahnya sudah tiga kali dimasuki pencuri termasuk cubaan mencuri motosikalnya yang diletakkan di halaman rumah dalam kejadian terbaru, dua minggu lalu.

Saya merayu pemimpin setempat termasuk ketua kampung mencari jalan penyelesaian membendung kejadian ini dari terus berulang, katanya.

Jirannya, Abdul Ghani Abdullah, 77, berkata rumahnya turut dimasuki dan komputer riba bernilai RM1,900 berjaya dilarikan pencuri dalam kejadian kira-kira dua minggu lalu.

Saya yakin pencuri memasuki rumah selepas jam 2.30 pagi kerana saya baru saja menutup lampu ruang tamu dan meninggalkan komputer riba di atas meja seperti biasa dan hanya menyedari kehilangan barangan itu ketika hendak menunaikan solat Subuh.

Saya harap JKKK mengadakan pertemuan dengan penduduk untuk mewujudkan SRS secepat mungkin bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku, katanya.

Warga tua, Fatimah Darus, 62, bimbang dengan kejadian yang berlaku kerana tinggal berseorangan di rumahnya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Belukar, Hassan Mohamad, 49, berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan bersama penduduk dan Mohd Shafik bagi menangani masalah terbabit.

Kita akan mewujudkan SRS seperti kawasan perumahan lain dan meminta penduduk hadir di perjumpaan itu untuk mencari jalan penyelesaian, katanya sambil meminta polis mengadakan rondaan sebagai langkah keselamatan.

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
Artikel Lain
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker