Tony yang juga pemilik syarikat penerbangan, AirAsia menjelaskan idea itu sudah lama menjadi impiannya untuk merealisasikan seperti liga bola keranjang serantau yang diasaskannya sebelum ini.
“Kami dah buat Liga Bola Keranjang ASEAN. Adalah lebih hebat kalau ada Liga Bola Sepak ASEAN seperti di Eropah (Liga Juara-Juara). Cukup mengujakan untuk melihat pemain dari Malaysia dan Singapura beraksi. Kita perlu lebih banyak persaingan.
“Jika mereka (kebangsaan) bermain hampir setiap hari seperti di Liga Perdana Inggeris, saya percaya kita mampu untuk memiliki sebuah pasukan yang kuat. Mungkin satu hari nanti kita boleh lakukan sesuatu,” katanya. - AFP
