login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Hip
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Tuah si cilik Muhammad Wajih dapat RM10,000
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my
2010/03/23

JUARA pertandingan realiti Adik-Adikku, Muhammad Wajih.
JUARA pertandingan realiti Adik-Adikku, Muhammad Wajih.
BARANG yang baik kalau tiada publisiti atau hebahan sekalipun, tiada gunanya. Itu yang dapat disimpulkan mengenai pertandingan realiti mencari pendakwah cilik, Adik-Adikku yang disiarkan sejak 15 Februari lalu di TV1. Alih-alih program 24 episod itu berakhir pada 18 Mac lalu.

Pertandingan akhir diadakan di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Melihat kepada penonton yang hadir, ternyata program terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu mendapat sambutan yang menggalakkan dan ia dapat diukur dengan jumlah penonton yang datang memenuhi dewan terbabit.
Seramai tujuh finalis berentap pada malam itu, bagaimanapun tuah menjadi milik adik Muhammad Wajih Zakwan Hanif, 11 tahun. Tempat kedua dimenangi peserta cacat penglihatan berasal dari Kota Bharu, Kelantan, adik Muhammad Qayyim Nizar Sarimi. Tempat ketiga disandang Muhammad An-Naim Yasim.
Kemenangan Wajih dengan memilih topik Nabi Muhammad SAW Idolaku melayakkannya memenangi hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM10,000 antaranya termasuk piala tajaan Gardenia Bakeries, Skim Simpanan Pendidikan Nasional, Pen Quran Digital, komputer riba dan sijil penyertaan.

Dibimbing mentor atau murabbi Ustazah Asni Mansor, Wajih berjaya mencuri perhatian tiga juri profesional yang dipikul tanggungjawabnya 100 peratus oleh pelakon dan aktivis teater, Norzizi Zulkifli, Profesor Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail dan Ustaz Badli Shah Alauddin.

Farihin Abdul Fatah yang bertindak sebagai ketua atau dalam bahasa Arabnya, Ra’es bagi program ini menyifatkan Wajih layak menang. Malah menurut pengasas kumpulan nasyid Raihan itu, finalis lain yang bertanding juga menunjukkan persaingan sengit di antara satu sama lain.

“Dari awal pertandingan dia (Wajih) antara peserta yang sering diuji dengan pelbagai dugaan termasuk berdepan dengan masalah kesihatan. Dia kerap sakit sepanjang pertandingan ini berlangsung. Masa persiapan akhir pertandingan ini diadakan pun, dia lambat membuat latihan.
“Tapi ironinya, lumrah setiap kita yang diuji pasti terselindung hikmah di sebaliknya. Biarpun diuji, prestasinya tidak menghampakan dan sejak awal lagi kita lihat dia berpotensi besar untuk menang. Dia sangat komited dan bersungguh-sungguh dengan apa yang dilakukan,” katanya.

Ditanya mengenai pertandingan Adik-Adikku ini, Farihin menyifatkan segala kelemahan termasuk mengenai kurang kesedaran masyarakat terhadap kewujudan program itu boleh dijadikan sebagai ruang untuk memperbaikinya pada masa mendatang. Apatah lagi program ini menjadi bayi pertama yang diusahakan Jakim.

Katanya lagi, biarpun begitu, sambutan yang diterima juga di luar jangka terutama ketika berlangsung pertandingan akhir. Insya-Allah, dengan bantuan dan kerjasama semua pihak tidak mustahil program ini mampu menjadi popular seperti program realiti lain.

“Kita akui untuk mengendalikan program kali pertama, pasti akan ada serba kekurangan. Malah pengalaman baru mengendalikan program ini juga perlu dipertimbangkan. Satu fakta yang tak boleh dipertikaikan juga jika mahu dibandingkan pertandingan ini dengan program hiburan lain, pastinya program berbentuk hiburan yang dipilih.

“Tapi itu bukan alasan untuk kita terus mengalah. Semuanya menjadi pedoman terbaik untuk kita terus melakukan yang terbaik pada siri akan datang," katanya.

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker