login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

'Tuala wanita punca barah pangkal rahim'
Oleh Baharom Bakar
bhkt@bharian.com.my
2011/02/21

Kementerian Kesihatan digesa beri penjelasan

KUALA BERANG: Kementerian Kesihatan digesa memberi penjelasan kepada orang ramai berhubung dakwaan bahawa penggunaan tuala wanita dikatakan menjadi punca wanita menghidap penyakit barah pangkal rahim.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata penjelasan perlu bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung dakwaan itu yang dibuat beberapa persatuan pengguna dan tersebar melalui internet.
Berdasarkan kajian sebuah persatuan pengguna, antara punca utama wanita diserang barah pangkal rahim adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan buangan termasuk kertas terpakai.

“Jika kita kaji dan membuat perbandingan, wanita pada zaman dulu tidak menghidap penyakit barah pangkal rahim kerana tidak menggunakan tuala wanita, justeru, dakwaan itu memang nampak ada asasnya.

“Sebab itu kita minta kementerian membuat kajian dan mengumumkan sama ada dakwaan dibuat persatuan pengguna terbabit betul atau sebaliknya supaya orang ramai terutama di kawasan luar bandar tidak terus keliru,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui selepas merasmikan Kem Kesihatan Felda Bukit Banding bertemakan ‘Ke Arah Kesedaran Penyakit Kusta dan Barah’ di Dewan Sivik Felda Bukit Banding, Ajil, Hulu Terengganu di sini, semalam.
Sementara itu, Rosol juga meminta Kementerian Kesihatan membuat kajian mendalam mengenai serangan angin ahmar yang semakin berleluasa hingga kerajaan negeri mendapati hampir setiap keluarga ada seorang penghidap.

“Selain kajian, kementerian juga perlu menggiatkan kempen kesedaran dan langkah pencegahan bagi mengelak serangan angin ahmar di kalangan penduduk termasuk di kawasan luar bandar.

“Kita difahamkan punca utama serangan angin ahmar adalah disebabkan saluran darah tersumbat dan saluran urat pada otak pecah,” katanya.
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Maziyati Husin
emm...bahaya ni. So nak pakai apa lepas ni
Mai
Dah lama benda ni diperkatakan. sebab tuh kat luar negara mereka dh mula guna napkin kain semula. bermacam-macam brand cloth pad ada. kat Malaysia pon cloth pad ni dh popular terutama bagi yg suka beli online. ianya selamat tk diri sendiri dan juga selamat tk alam sekitar.
iza
nak guna produk herba punyer pad punya la mahal..emmh, tawakal saje la...yg pntg kene jga kebersihan selalu.
noriza rahim a'ala
untuk semua wanita...jaga kesihatan dan sentiasa buat pemeriksaan berkala....
hassim
minggu lepas doktor kata poligami punca barah minggu ni pula pasal napkin. Apa sebenarnya???
Kalau poligami itu kebenaran kenapa perlu disanggah..... kita lebih tahu dari hukum ke????. Tuala wanita kalau pakai tradisional juga nanti akan ada kesan sebab orang dulu tu guna air perigi dan sungai untuk cuci kain.. sekarang air ada klorin... insaflah kaji suber mesaalah tu dari manusia ada bala?
Rahayu Mohd Razali
Memang tidak dinafikan cara pembuatan tuala wanita masa kini tidak berkualiti malah tidak selamat. Racun Dioksin lah yg paling beracun kerana menyebabkan ramai wanita hari ini yang mempunyai pelbagai masalah sakit puan. Bagi wanita2 diluar sana janganlah ambil ringan saja mengenai artikel ini kerana memang dah terbukti. Jangan tunggu bila dah kena baru nak beringat.
suhana
kementerian terbabit cepat lakukan tindakan sewajarnya supaya pengguna khususnye wanita tidak keliru
ponnoraini
perlu dinyatakan jenama yang menggunakan bahan kitar semula mesti senaraikan sebelum diumumkan dimana-mana surat khabar supaya rakyat berhati-hati membeli tuala wanita yang membahayakan kesihatan.
mohd al jefri
guna balik secara tradisional. kain napkin
Crystal Hati
Faktor utama adalah bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan tuala wanita masa kini tidak berkualiti dan tidak selamat. Mengandungi agen fluoresen, agen peluntur berklorin, dioksin dan bahan-bahan merbahaya. Jadi perlu ada kesedaran untuk wanita dalam memilih tuala wanita bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan. Tidak semestinya yang ada dipasaran kini boleh menjamin kesihatan kita.
nora
harap KKM dapat memberi penjelasan selanjutnya agar kami tidak terkeliru dgn kenyataan2 yg tidak mempunyai bukti saintifik..
m.nor
Saya rasa, amalan beriadah dan bersukan patut dititik beratkan dalam setiap individu..cuba amalkan 5 minit setiap pagi bersenam, mudah-mudahan aktiviti ini dapat mengurangkan risiko disamping dapat mengamalkan kecergasan badan.
RAFIAH
MEMANG BETUL PAD KERTAS-KERTAS BUANG PUNCA CANCER SERVIK.
lyn
mengenai isu tuala wanita punca barah pangkal rahim ni amat membimbangkan kerana rata2 wanita masa kini menggunakan tuala tersebut harap kerajaan terutama kementerian kesihatan dapat memberi segera maklumat atau mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu terbabit.
gilbert p
teruskan informasi terkini
fina fento
pernah dengar pasal ni jugak..

cik siti jienah, gunalah pad herba :D
Sharifah Latifah
For you attention & please forward it to our daughters.
asma
adakah betul tuala wanita juga mempunyai tarikh luput???
sueamir sue
semua jenis tuala wanita ke??
aie..pa la nk d pakei gik owhh..
Norazita Md Nor
Pihak berkaitan perlu serius mengkaji pkra ini. Rakyat didahulukan.
noor azlina marof
mcm2 penyakit skrg nie!!!
suhaila
Saya bersetuju bahawa serangan angin ahmar ada lah berpunca saluran darah tersumbat kerana darah selalu nya kita tidak cair di sebab kan banyak lemak yg kita makan, kurang kan makan lemak dan amal kan minum air dan sentiasa membuat pemeriksaan doktor.
M Ridzman
Perlu ditangani dengan serius. Masanya doktor bijak pandai memainkan peranan.
siti jienah
ini sudah menakutkan!...so how?


SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker