Beliau berkata, usaha dari Malaysia semata-mata tidak mungkin mampu menyelesaikan masalah tersebut.
Beliau diminta mengulas dakwaan kerajaan Arab Saudi bahawa Myanmar yang majoriti penduduknya menganut agama Buddha sedang menjalankan proses pembersihan etnik Muslim Rohingya di negara tersebut.
Tun Mahathir turut berharap supaya kerajaan Myanmar yang kini sudah membuka pintu kepada proses demokrasi supaya bertimbang-rasa terhadap nasib buruk yang ditimpakan ke atas etnik Rohingya.
Dalam perkembangan sama, Tun Mahathir berkata, beliau menulis surat kepada ikon demokrasi yang juga aktivis hak asasi manusia di Myanmar, Aung Sang Suu Kyi kira-kira lima hari lalu yang meminta supaya beliau campur tangan dalam isu tersebut.
"Dia mempunyai pengaruh dan saya harap dia akan menyatakan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.
Pemenang hadiah Nobel Keamanan itu baru-baru ini dilaporkan berkata "saya tidak tahu" apabila dilontarkan soalan sama ada etnik Rohingya adalah rakyat Myanmar.
Pergolakan di negeri Rakhine antara penganut Buddha Rakhine dan Muslim Rohingya telah mengorbankan kira-kira 80 orang sejak Jun lalu.
Kerajaan Myanmar mengklasifikasikan etnik Rohingya sebagai masyarakat Islam Bengali yang masuk dari Bangladesh, tetapi tidak mengiktiraf mereka sebagai rakyat Myanmar. - BERNAMA

