Serbuan pada jam 11 pagi di sebuah stor yang menyimpan rokok itu adalah hasil maklumat orang awam.
"Rokok yang dirampas itu terdiri daripada 11 jenama. Tiada tangkapan dibuat," katanya kepada pemberita di pejabat UPP Kuala Kedah dekat sini, semalam.
Beliau berkata, pihaknya percaya stor itu dijadikan tempat menyimpan rokok seludup dari luar sebelum diedar kepada peniaga di sekitar kawasan itu.
- BERNAMA



