login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Ujian memandu guna transmisi auto
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2011/03/29

Penambahbaikan silibus kurikulum latihan mantapkan pemanduan lebih komprehensif

KUALA LUMPUR: Pelatih yang mahu mendapatkan lesen memandu akan dibenarkan menjalani latihan dan ujian menggunakan kenderaan transmisi automatik tidak lama lagi selepas kerajaan meluluskan penambahbaikan silibus kurikulum latihan memandu sedia ada yang menggunakan kenderaan transmisi manual.
Berikutan itu, mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan gear automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai lesen kenderaan automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu saja, manakala yang memilih ujian manual boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata, kurikulum baru itu sudah siap sepenuhnya dan dijangka diperkenalkan tidak lama lagi selepas Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima peruntukan daripada kerajaan.

“Pelaksanaan sistem itu selaras permintaan orang ramai, manakala penambahbaikan silibus kurikulum akan turut memasukkan elemen nilai tambah untuk melahirkan pemandu kompeten, berhemah dan berdisiplin.

“Melalui sistem terbaru itu, calon mempunyai pilihan untuk menjalani ujian memandu menggunakan kenderaan transmisi automatik, berbanding sekarang yang membenarkan mereka menggunakan kenderaan manual sahaja.

“Kerajaan mendengar permintaan orang ramai berikutan penggunaan kenderaan transmisi automatik semakin meluas di negara ini. Saya tidak menjangkakan institut memandu akan menghadapi masalah untuk menjayakan sistem baru itu nanti,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Abdul Rahim berkata, penambahbaikan silibus bertujuan memantapkan kurikulum latihan memandu secara komprehensif bagi melahirkan pemandu yang bukan saja mahir mengendalikan kenderaan dan mengetahui peraturan jalan raya, malah meliputi penerapan aspek menyeluruh.

Bagi tujuan itu, suntikan input diperoleh daripada pelbagai pihak berkaitan, berkepakaran dan berkepentingan, termasuk Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Sementara itu, Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) , Mat Aris Bakar, berkata penambahbaikan silibus berkenaan adalah yang pertama kali dalam tempoh 13 tahun kurikulum latihan memandu dilaksanakan setakat ini.

Pada Mesyuarat Agung PIMA di Kota Bharu pada 18 Mac lalu, beliau berkata, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, memaklumkan ahli persatuan bahawa kurikulum baru berkenaan lebih efektif serta membabitkan elemen kognitif dan psikomotor yang antara lain memberi penekanan terhadap aspek pengurusan risiko dan emosi.

“PIMA menyambut baik penambahbaikan silibus kurikulum latihan memandu ini dan akan memberikan kerjasama penuh menjayakannya. Pelaksanaan itu juga akan memerlukan kira-kira 12,000 tenaga pengajar di sebanyak 174 institut memandu seluruh negara menjalani kursus secara berperingkat,” katanya.

Mengenai laporan akhbar semalam yang memetik Solah sebagai berkata, ada institut memandu menggunakan khidmat tenaga pengajar tidak terlatih dan kenderaan tiada perlindungan insurans bagi melatih calon yang mahu mendapatkan lesen memandu, Mat Aris mengaku terkejut dan menegaskan perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana ia membabitkan keselamatan.
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

tak ada bezanya ambil lesen dengan transmisi auto atau manual. sikap pemandu itu sendiri yg lebih penting. saya ambil lesen memandu di luar negara menggunakan transmissi auto. balik malaysia, pergi JPJ terus convert ke lesen memandu malaysia. layak untuk memandu transmissi manual dan auto.
rashid
bagus lah kalau macam tu.adakah kos mengambil lesen ni bertambah atau sama macam sekarang ni.
Kril Nwar
mcm s'pore la plk...
rashid
bagus lah kalau macam tu.adakah kos mengambil lesen ni bertambah atau sama macam sekarang ni.
Pakai Lebai
Amik yang manual baru best......~~ Manja sgt amik Auto....~~~
eza reeza
harap dapat dilaksanakan segera memamg dinanti setelah sekian lama menunggu.jgn berlengah lagi.
eye
nape tak cadangkan ujian memandu kereta turbo ke..skang da banyak kereta berenjin turbo.
girl
seng auto
.. manual xreti la, asik mti tgh jln je...lagi2 pmndu wanita...
fadzil
elok lah kerajaan buat macam ni lagi ramai lah budak2 yang tak der lesen ada lesen
tapi mujarap ker kerajaan buat macam ni boleh control ker lesen auto ni
fadzil
elok lah kerajaan buat macam ni lagi ramai lah budak2 yang tak der lesen ada lesen
tapi mujarap ker kerajaan buat macam ni boleh control ker lesen auto ni
adriana
terima kasih kpd kem pengangkutan kerana memahami masalah yg sering dihadapi golongan wanita yang tidak mahir mengendalikan kereta manual.ini memberi khabar gembira bagi golongan wanita utk mendapatkan lesen memandu yang sah.
yeoppy de' amore
salam, bagi saya transmisi auto or manual tidak menjadi masalah, cuma etika pemanduan perlu di terapkan..
ly
mudah bg warga tua utk dptkan lesen memandu...
adid5905
saya TIDAK BERSETUJU jika cadangan ini dilengahkan ! LAKSANAKAN dengan SEGERA !
akmar
baik ambik lesen manual.. boley bwk 2 jnis trans ni.
jo
mmmm.....dapat lagi peruntukan...
pak cik din
Sebenarnya undang2 jln.raya dan teknik memandu saje perlu bekajar. Transmisi auto ni budak darjah 1 pun boleh drive.
nazreennazari
yang dah lama pakai automatik pun bole kate 90% letak "D" masa nak mulakan perjalanan,kandas serta-merta..heheh
pak mat
sama je,atas skill masing2...
sarim sams
pelaksanaan ini bagus dan adil.kerana terdapat dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya wanita yang memandu kereta auto, tapi apabila memandu manual tidak lagi mahir, padahal semasa ambil lesen menggunakan kereta manual...
sharil hassan
Penggunaan transmisi auto menyebabkan pemandu leka dan lalai terutama untuk berhenti di persimpangan..tak sesuai untuk pemandu muda.
mac
adakah setelah sistem latihan mengunkan kenderaan automatik di laksanakan nanti,bayaran yuran latihan akan di naikan,mengenai yuran latihan adakah ianya berubah mengikut kawasan atau pun ada ketetapan yang di berikan...
has leen
bagus la tu
sharil hassan
Penggunaan transmisi auto menyebabkan pemandu leka dan lalai terutama untuk berhenti di persimpangan..tak sesuai untuk pemandu muda.
ridznfas fasnridz
Kalau tak lulus jugak tak tahula...beruntungla diorg skang...


SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker