login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
5:51
13:16
16:22
19:20
20:29
SMS waktu solat
... kawasan lain
Jumaat , 03 September 2010
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Umi Aida selamat bernikah di Makkah
Daripada Farihad Shalla Mahmud
bhnews@bharian.com.my
2010/03/15

UMIE Aida dan Khairuddin selepas majlis akad nikah mereka di Masjidilharam, semalam.
UMIE Aida dan Khairuddin selepas majlis akad nikah mereka di Masjidilharam, semalam.
MAKKAH: Aktres popular, Umie Aida mencatat sejarah tersendiri sebagai artis Malaysia pertama melangsungkan pernikahan di Kota Suci Makkah apabila diijabkabulkan tepat jam 6.21 petang waktu tempatan (1.21 pagi waktu Malaysia), semalam.

Umie atau nama sebenar Umi Khalsum Rahmad Ali selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan di hadapan Kaabah, Masjidilharam, rumah ibadat paling agung buat umat Islam, dengan sekali lafaz.
Pasangan itu dinikahkan jurunikah, Maruwan Zakaria dan diwalikan abangnya, Ahmad Reedzuan.
Pada majlis itu, Umie menerima wang mas kahwin sebanyak Saudi Riyal 1,818.18 (kira-kira RM1,663.63) dan sebentuk cincin berlian.

Ketika ditemui selepas majlis pernikahan itu, Umie melahirkan rasa syukur kerana hajatnya untuk bernikah di hadapan Kaabah seperti yang dicita-citakan makbul.

“Alhamdulillah, semua persiapan berjalan lancar. Walaupun terpaksa menempuh kesukaran kerana proses kebenaran bernikah di situ agak rumit, namun semuanya dipermudahkan,” katanya.

Pada majlis itu, Umie anggun mengenakan sepersalinan telekung rekaan Jovian Mandagie.
Pada sebelah malamnya pula, pelakon utama filem Embun itu meraikan tetamu dalam satu majlis resepsi di sebuah restoran di hotel penginapan mereka.

Rombongan ke Tanah Suci disertai seramai 20 orang termasuk ibu pengantin perempuan, Asmah Ali; kakaknya, Erma Fatima; penerbit, Ziela Jalil serta rakan terdekat.

Umie akan mengadakan majlis resepsi di Hotel One World, Bandar Utama dijadualkan pada 28 Mac ini.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker