Demikian pengumuman yang dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi UMNO di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini, lewat petang tadi.
Katanya, beliau akan "turun" ke Sabah pada 11 Ogos ini untuk bertemu dengan
pemimpin UMNO bahagian bagi membincangkan situasi yang berlaku ketika ini sebelum membuat sebarang pengumuman.
"Peletakan jawatan Lajim tidak akan memberi kesan kepada Pilihanraya Umum dan sebaliknya yakin ia akan memantapkan lagi kedudukan UMNO.
"Saya yakin UMNO mampu menangani masalah ini dan akan mengambil langkah sesuai bagi memulihkan kedudukan Barisan Nasional di Sabah," katanya di sini, hari ini.




Senarai Komen