Berikutan itu, Syed Abdullah Syed Hussein atau lebih dikenali Uncle Seekers, 46, kini turut berdepan siasatan kerana pengambilan dadah di samping dakwaan memfitnah yang dilakukan menerusi penulisan dalam blognya.
“Susulan itu, dia kini turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah. Dia yang ditahan reman empat hari juga berdepan siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972,” katanya, di sini semalam.
Penulis blog terbabit ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya berhampiran Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan, kira-kira jam 9.45 malam Rabu lalu. Turut ditahan teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26.
