Sebaliknya, Chef de Mission itu melihat disiplin lain seperti terjun, memanah atau basikal trek, umpamanya sudah menampakkan 'cahaya baru' dan sudah menonjolkan diri. Perkembangan ini harus dipandang serius bagi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Brazil.
Emas hanya dapat dilihat dengan satu sistem padu serta amalan bekerja secara menyeluruh". - Ahmad Sarji Abd Hamid, Ketua kontinjen
"Saya secara peribadi membuat rumusan jika persatuan kebangsaan membabitkan sukan kecil ini lebih gigih dan bekerja keras misi pingat untuk 2016 tidak mustahil.
"Saya lihat semangat dan kesungguhan Pandelela Rinong menang gangsa dan percaya watak sama ada pada ramai lagi atlit negara. Cuma kita harus mengilhamkan sesuatu supaya barisan muda akan memiliki mental dan kesungguhan seperti Pandelela, Lee Chong Wei atau pun Azizulhasni Awang," katanya.
Ahmad Sarji akan membuat laporan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan dengan membangkitkan beberapa cadangannya termasuk menambahkan angka peruntukkan bagi program ke Brazil dalam tempoh empat tahun.
"Emas hanya dapat dilihat dengan satu sistem padu serta amalan bekerja secara menyeluruh. Kita juga mahu sokongan rakyat menyemarakkan semangat atlit dan pasukan negara,” katanya.
