login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Isnin , 14 Julai 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
BiPop
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Variasi: 10 hantu Karak
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

2011/05/15

pix_gal0
BERDASARKAN kisah benar, 10 jenis hantu pelbagai jelmaan bentuk dan rupa yang seram lagi mengerikan bakal mengundang ketakutan buat penonton di pawagam menerusi filem Karak yang bakal memasuki pawagam bermula 26 Mei ini.

Filem arahan Yusry Abdul Halim terbitan KRU Studios Sdn Bhd, itu menampilkan imej entiti makhluk halus yang pelbagai dihasilkan menerusi teknik solekan selain gabungan kesan khas serta Imej Janaan Komputer (CGI) dengan mengambil penterjemahan imaginasi bahawa jin, iblis atau syaitan boleh menyerupai pelbagai bentuk dan rupa.
Kelainan ini dijangka akan mengundang daya tarikan ramai peminat filem seram untuk menonton Karak di pawagam biarpun dalam tempoh sebulan dua ini, ada beberapa filem genre berkenaan dihidangkan. Karak ialah filem kesembilan terbitan KRU Studios yang diadaptasi daripada kisah seram yang pernah berlaku membabitkan kemalangan ngeri meragut nyawa di Jalan Karak lama, Pahang.
Ia mungkin cerita yang ditokok tambah dan menjadi bualan mulut ke mulut, tetapi ada antaranya adalah kisah benar yang berlaku pada KRU dan teman-teman mereka sekali gus memberi ilham buat Yusry untuk mencorakkan kelainan filem hantu di negara ini apatah lagi ia adalah karya seram pertama beliau selepas cemerlang dengan genre epik, Hikayat Merong Mahawangsa yang ditayangkan 10 Mac lalu.

“Saya menggabungkan kisah yang pernah saya dengar untuk diterjemahkan dalam satu filem. Ia berdasarkan kisah teman-teman yang menggunakan Jalan Karak lama suatu ketika dulu dengan pelbagai versi cerita seram. Kandungan cerita diambil daripada kajian dibuat. Saya tidak bermaksud menakut-nakutkan pengguna Lebuh Raya Karak kerana ia berlaku di Jalan Karak lama, bukan Lebuh Raya Karak. Saya dan adik beradik sendiri pernah mengalami kejadian misteri tetapi serangan hantu itu bukan seperti digambarkan dalam filem Karak.

“Saya menampilkan 10 jenis hantu seperti langsuir, hantu budak sekolah, hantu nenek tua, hantu tiga kepala, hantu kebaya dan banyak lagi. Jenis hantu ini memang selalu diperkatakan di Jalan Karak lama, tetapi apa yang pasti, hantu tiga kepala adalah kisah seram yang dipernah dilalui seorang teman saya.

“Filem yang menelan kos RM1.5 juta ini menjalani penggambaran sekitar Hulu Langat, Beranang dan Cyberjaya, bukan di Jalan Karak lama. Banyak juga penggambaran dilakukan di studio KRU, sekali gus menjimatkan masa,” katanya kepada B*POP.
Filem seram berbeza

FILEM Karak yang akan menemui penonton di pawagam pada 26 Mei ini menampilkan bakat baru seperti Shahir, Along Ezeyndy, Kilafairy dan Shera Aiyob.

Yusry berkata, dia bersyukur tidak pernah diganggu dengan jelmaan yang menakutkan ketika penggambaran tetapi ramai kru yang ternampak jelmaan mata merah, lembaga rambut dawai dan jelmaan yang menakutkan.

“Mungkin kerana terlalu sibuk, saya tidak perasaan, tetapi ada kru yang ternampak jelmaan ketika penggambaran dijalankan di Hulu Langat. Seorang kru bersama saudara Shahir ternampak jelmaan seorang hulubalang ketika mahu menjemput Shahir. Bagaimanapun, saya mengundang seorang ustaz untuk menjaga kami sepanjang penggambaran dijalankan.

“Saya mahu menterjemahkan filem Karak dalam bentuk filem seram yang berbeza. Selalunya kita melihat hantu-hantu secara sepintas lalu, tetapi saya menampilkan kelainan dalam sudut visual filem ini. Saya cuba menampakkan kelainan dari segi rekaan hantu dengan rupa yang lain. Saya tak mahu menampakkan hantu seperti yang biasa dilihat,” katanya.

Karak mengisahkan empat pelajar kolej, Zura (Shera), Jack (Along Ezeyndy), Ida (Kilafairy), Nik (Shahir) dan Sidek Hussin (Tok Malam) menuju ke Kuantan selepas bermalam di Kuala Lumpur terperangkap dalam kesesakan yang teruk sepanjang jalan di Karak. Disebabkan perlu menghadiri kuliah penting keesokan harinya, mereka membuat keputusan menggunakan jalan lama. Namun, sebenarnya keputusan itu mengundang pengalaman ngeri dan menakutkan, malah ia mengubah hidup mereka buat selama-lamanya.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas