BOSTON: Penggodam membanjiri Internet dengan spam dicemari virus yang mensasarkan kira-kira 400 juta pengguna Facebook.
Ia dibangunkan dengan tujuan khusus iaitu mencuri kata laluan perbankan dan mengumpul maklumat sensitif pelanggan.
Menurut pembangun perisian anti-virus, McAfee Inc, pelanggan akan menerima e-mel mengarahkan kata laluan akaun Facebook perlu diset semula, di mana pengguna diarahkan membuka lampiran supaya daftar masuk baru (login) diperoleh.
Syarikat itu berkata, sekiranya lampiran itu dibuka, ia akan memuat turun beberapa jenis perisian yang boleh mengancam keselamatan maklumat penting seperti kemungkinan kata laluan dicuri.
Sementara itu, jurucakap Facebook, berkata syarikat itu tidak dapat memberikan ulasan lanjut berhubung kes terbabit, tetapi mengarahkan pihak media untuk mengunjungi laman webnya bagi mendapatkan maklumat terkini seperti memberi amaran kepada pengguna berhubung e-mel palsu dan menyarankan supaya membuang e-mel terbabit. – www.reuters.com
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
orang yg alpa saja yang terpengaruh dengan email2 x dkenali....
mohammad faiz
gunakanlah facebook untuk buat perkara berfaedah.faedah untuk masa depan.
kalashinkov
saya xde facebook....nasib baik la
izaki
harap2 ad yg ambil berat bnda ni....update anti virus ke thap yg tggi..
raihana
manusia semakin maju dan pintar tetapi sering menyalahkan kepandaian akal fikiran
Rusnidah
Hrp semua pengguna f/b berjaga-jaga. Macam2 taktik penipu skg ni..
mazrah
tidak ada pun yang penting d facebook sy....jd.x payah la virus2 tu...
buang je la emel yg x dknali...slamat..hehe
nazree
perkara ini perlu di bendung.
achans
Berhati2 dgn email dr facebook.., saya dah kena virus tu lama jg dh.
suha
x fham la....
ckap sal pe ni??
willbert
bahayanya........labih baik berhati-hati....