PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kiri) bersama Presiden Persekutuan Karate Dunia (WKF), Antonio Espino Ortueta (dua dari kiri) mengayakan aksi karate pada majlis perasmian Kejohanan Karate Remaja dan Kadet Dunia ke-7 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, semalam.
DURIAN TUNGGAL: Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar.
"Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, Pekeliling Perkhidmatan berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya ketika melancarkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan 2011 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, semalam.
Beliau berkata, sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan adalah sebahagian daripada rantaian perjuangan yang panjang dalam memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memainkan peranan penting memperkasakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan syarikat.
“GLC sewajarnya mempelopori usaha menyokong agenda nasional untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam bidang berkaitan perbankan, kewangan, perdagangan, perniagaan, pembuatan dan lain-lain perkhidmatan,” katanya.
Katanya, Malaysia wajar mencontohi sikap beberapa negara maju dan sedang berkembang maju yang tidak meminggirkan bahasa kebangsaan masing-masing, meskipun masih mementingkan penguasaan bahasa Inggeris.
Malah, katanya, daripada lapan ekonomi gergasi dunia iaitu negara G7, dan China, hanya tiga negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada yang rakyatnya berbahasa Inggeris. Rakyat Kanada juga sebahagiannya berbahasa Perancis manakala di United Kingdom sebahagian rakyatnya berbahasa Welsh, Scottish dan Irish.
“Di Brazil, Russia, India dan China (BRIC) iaitu negara yang berada pada tahap kemajuan ekonomi paling rancak, hanya India tidak mengekalkan bahasa sendiri. Kebanyakan negara Nordik yang maju, juga mengekalkan bahasa masing-masing.
“Daripada empat negara Ekonomi Perindustrian Baru Asia Timur, hanya Singapura tidak mengekalkan bahasa ibunda. Jika kita teliti perkembangan negara-negara berkenaan, kita dapati bahasa Inggeris adalah bahasa penting tetapi bukanlah satu-satunya bahasa yang menjamin kemajuan.
“China tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikannya semata-mata kerana mahu meraih laba globalisasi. Mereka menyanjungi bahasa kebangsaan mereka dan menghormati bahasa kebangsaan negara lain,” katanya.
Sempena majlis itu, Pengarah Pusat Pengajian Melayu Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) China, Profesor Wu Zongyu dianugerahkan Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa sekali gus menerima hadiah wang tunai RM50,000, watikah penghormatan negara dan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin; Exco kerajaan negeri mewakili Ketua Menteri, Datuk Gan Tian Loo dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz.
Muhyiddin juga mengumumkan penyediaan dana kerajaan menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebanyak RM2 juta untuk menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu.
Setiap penulis yang menghasilkan buku jenis berkenaan yang diterbitkan oleh DBP akan menerima ganjaran sebanyak RM20,000 selain bayaran royalti yang biasa diterima. DBP akan menentukan karya yang layak diterbitkan berdasarkan manuskrip dihantar dan memberi ganjaran kepada penulis berjaya.
Sementara itu, Rais berkata, menteri, timbalan menteri serta pemimpin pada peringkat negeri digalak bertutur dalam bahasa Melayu ketika menyampaikan ucapan di samping berusaha memberi pesanan ringkas mengenai kepentingan masyarakat mempertahankannya sebagai bahasa rasmi negara.
Senarai Komen
mencontohi kaedah ini dengan menterjemah buku2 ilmiah luar negara ke dalam bahasa melayu. Hal ini kerana tak semestinya mereka yang kurang memahami bahasa inggeris tidak mahir dalam ilmu berkaitan sains,ternologi dan begitulah sebaliknya. Tetapi, jangan kita lupa untuk menguasai bahasa lain kerana bahasa lain seperti bahasa inggeris penting untuk mewujudkan hubungan antara 2 negara. Selain itu, bahasa adalah kunci bagi segala ilmu. Seronok bukan jika kita boleh menguasai pelbagai bahasa!!! Nak baca apa2 buku dari pelbagai negara pun senang sekaligus menambah ilmu di dada ;)
Hidupkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan Rakyat Malaysia.
Saya sangat-sangat setuju usaha kerajaan yang dipelopori oleh TPM. Sudah sampai masanya semua rakyat terutama kalangan akademia dan masyarakat universiti awam dan swasta menyahut seruan ini. Gagah Bahasa Melayu gagahlah rakyat Malaysia.
Terima kasih
Saya sangat-sangat setuju usaha kerajaan yang dipelopori oleh TPM. Sudah sampai masanya semua rakyat terutama kalangan akademia dan masyarakat universiti awam dan swasta menyahut seruan ini. Gagah Bahasa Melayu gagahlah rakyat Malaysia.
Terima kasih
Saya sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara dan bahasa ibunda saya amat2 bersetuju dengan berita ini. Saya juga ingin melahirkan setinggi2 syabas dan tahniah kepada pemimpin kita yang memperjuangkan 'Bahasa Ibunda' yang juga Bahasa Kebangsaan kita ini. Saya juga ingin memberikan cadangan dan pandangan saya dan harapan saya ia dapat perhatian daripada pihak berkaitan.
Kalau boleh kita memperjuangkan bahasa kita ini bukan dari aspek2 atau bahagian2 tertentu sahaja. Tapi biarlah dari semua sudut. Contoh yang saya nak kemukakan di sini ialah seperti Kementerian2/Jabatan2 yang ada dalam negara kita. Masih ada lagi Kementerian/Jabatan yang menggunakan Bahasa Inggeris bagi menyatakan (memperkenalkan) Kementerian/Jabatan mereka. Pengenalan dalam Bahasa Meleyu hanya sebagai penganalan 'kedua' sahaja. Bila diterjemahkan ke Bahasa Melayu barulah kita akan tahu maksudnya dalam bahasa kita sendiri. Contohnya seperti MPOB, MTIB dan banyak lagi.
Oleh itu, cadangan saya kalu boleh biarlah kita gunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa 'utama' dalam semua sudut penggunaan kita. Bukannya menidakkan penggunaan Bahasa Inggeris, tapi biarlah ia menjadi bahasa peggunaan kedua untuk kemudahan orang2 asing (bukan rakyat Malaysia).
Cintailah dan martabatkanlah Bahasa Kebanggsaan kita. 1Malaysia 1Bahasa.
Sesungguhnya usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan memerlukan sokongan padu dan usaha-usaha yang bersungguh daripada semua pihak mentelah pula tiada sesiapa pun penduduknya yang berada di bumi Malaysia ini yang tidak boleh bercakap atau memahami bahasa Melayu.
Saya amat menyokong syarikat GLC perlu mengorak langkah tegas melaksanakan kepenggunaan baha Melayu dalam urusan mereka. Mulakannlah dengan mewartakan tindakan mewajibkan menyediakan Laman WEB edisi Melayu dalam WEB rasmi mereka.
"Bahasa Jiwa Bangsa"
AMAT MALANG SEKALI 'UMAT MALAYSIA' YANG MENGENEPIKAN FUNGSI DAN KEKAYAAN ELEMEN DALAM BAHASA MELAYU. KEMAJUAN, SAINS DAN TEKNOLOGI, ERA GLOBALISASI DAN SEANGKATAN DENGAN ITU DILETAKKAN SEBAGAI ALASAN MENGAPA PERLUNYA KEPADA BAHASA ASING. ALASAN TERSEBUT MERUPAKAN JARUM YANG BERBISA, MAMPU MEMBUNUH SEHINGGA AKAR UMBI BAHASA TERCINTA KITA.
AYUH RAKYAT MALAYSIA, UTAMAKAN BAHASA KITA, JIWA KITA DAN MARUAH KITA!!!