login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:29
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

'Wan Azizah, Azmin pengkhianat bangsa'


2010/11/30

KUALA LUMPUR Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) menyifatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali sebagai pengkhianat bangsa kerana mahu menghapuskan ketuanan Melayu.

Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah, berkata kedua-dua pemimpin tertinggi PKR itu buta sejarah dan lupa asal usul mereka kerana kedua-dua mereka wujud melalui ketuanan Melayu.
“Dr Wan Azizah dan Azmin adalah hasil kejayaan konsep itu yang juga sudah banyak membantu orang Melayu. Mereka ini seperti kacang lupakan kulit, sanggup berbuat apa saja demi mendapatkan sokongan orang India dan Cina,” katanya.
Dr Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR ketujuh yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelmarin, mencadangkan agar ketuanan Melayu dihapuskan.

Azmin ketika menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Timbalan Presiden parti itu turut berikrar untuk menolak konsep berkenaan dalam menjayakan usahanya untuk membawa PKR ke Putrajaya.

Arman berkata, sejarah sudah membuktikan bahawa Melayu tidak pernah memperhambakan kaum lain, malah orang Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan bukan kerana kepentingan Melayu semata-mata.

Sementara itu, di GEORGETOWN, Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (PEWARIS) Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Dr Wan Azizah kerana membuat kenyataan mahu konsep ketuanan Melayu dihapuskan.
Laporan itu dibuat Presiden PEWARIS Pulau Pinang, Sabaruddin Ahmad di Balai Polis Bayan Lepas, kira-kira jam 8.10 malam kelmarin.

Kira-kira 200 ahli pertubuhan itu turut mengiringi Sabaruddin dengan berarak sejauh 200 meter dari Taman Sri Payung ke balai polis sambil melaungkan takbir dalam keadaan hujan lebat.

Sabaruddin berkata, pihaknya mengambil tindakan itu kerana kesal kenyataan Wan Azizah serta menyifatkan pemimpin PKR itu sebagai 'kacang lupakan kulit' kerana selama ini berjaya dalam hidup hasil keistimewaan ketuanan Melayu.

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker